LAMAN WEB RASMI
SMK BANDAR SUNGAI PETANI

Nobody Fails !!

TINGKATAN 6

PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TINGKATAN ENAM  


2.1 Bilangan waktu mengajar bagi semua mata pelajaran Tingkatan Enam termasuk MUET adalah 8 waktu (40 minit setiap waktu).  

2.2 Jumlah waktu keseluruhan pengajaran bagi satu mata pelajaran Tingkatan Enam tidak boleh kurang dari 320 minit.  

 

BIDANG DAN SENARAI TUGAS :  

1. BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG KANAN TINGKATAN ENAM   1.1 Mengajar 8 waktu seminggu 

1.2 Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam Pengurusan dan Pentadbiran Tingkatan Enam. 

1.3 Bertanggungjawab kepada Pengetua berkaitan Pengurusan Kurikulum Tingkatan Enam. 

1.4 Bertanggungjawab kepada Pengetua berkaitan Pengurusan Hal Ehwal Murid Tingkatan Enam. 

1.5 Bertanggungjawab kepada Pengetua berkaitan Pengurusan Kokurikulum Tingkatan Enam. 

1.6 Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam Pembangunan Organisasi Tingkatan Enam. 

1.7 Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam Pembangunan Kendiri.    


SENARAI TUGAS   


1. Pengurusan dan Pentadbiran  

1.1 Merancang dan melaksanakan Perancangan Strategik Tingkatan Enam. 

1.2 Merancang dan mengurus pembukaan kelas Tingkatan Enam. 

1.3 Mengurus perancangan takwim sekolah. 

1.4 Mengurus Jadual Waktu dan Agihan Tugas Guru. 

1.5 Mengurus Hal Ehwal Peperiksaan, Kursus dan Latihan untuk guru. 

1.6 Mengurus kutipan data dan maklumat. 

1.7 Mengurus Anggaran Belanja Tahunan Sekolah. 

1.8 Menyelaras semua jenis Kutipan/Bayaran. 

1.9 Mengurus dan menyemak Stok/Inventori Peralatan Sekolah. 

1.10 Membantu Pengetua membuat Penilaian Prestasi Guru. 

1.11 Menjalankan tugas yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.   


2. Kurikulum  

2.1 Menguruskan Sukatan dan Rancangan Pelajaran Tahunan dan Harian. 

2.2 Memantau perjalanan Panitia Mata Pelajaran mengikut perancangan. 

2.3 Mengurus, menyelia dan menyelenggara peralatan dan kemudahan pengajaran dan pembelajaran.

2.4 Mengambil tindakan atau mencadang tindakan susulan terhadao laporan yang berkaitan dengan kurikulum. 

2.5 Membantu merancang dan menyelaras hal-hal yang berkaitan dengan Penilaian dan Peperiksaan serta mencadangkan tindakan susulan. 

2.6 Menyelaras program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah, Pejabatn Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). 

2.7 Membantu di dalam pemilihan Buku Rujukan dan Pusat Sumber. 

2.8 Menyusun Jadual Waktu Kelas dan Guru serta menyediakan Jadual Guru Ganti. 2.9 Menyelia dan Mencerap Pengajaran dan Pembelajaran guru. 

2.10 Menyelaras Mesyuarat Kurikulum. 

2.11 Menyelia urusan Penyelidikan dan Pembangunan. 

2.12 Memastikan guru akademik melaksanakan tugas seperti dalam Tugasan Guru 


Akademik.    

3. Pengurusan Hal Ehwal Murid   

3.1 Menyelaras urusan yang berkaitan kaunseling, keselamatan, kebajikan dan kesihatan murid, biasiswa, penerbitan dan percetakan. 

3.2 Menguruskan aktiviti pembangunan, disiplin dan penampilan murid. Mengurus rekod dan maklumat murid. 

3.3 Mengurus dan mengemaskini rekod pendaftaran, kemasukan dan penempatan, pertukaran dan menyemak buku kedatangan harian murid.  

  

4. Pengurusan Kokurikulum   

4.1 Menyelia dan menilai aktiviti kokurikulum. 

4.2 Menyelia urusan persatuan, kelab dan sukan permainan. 

4.3 Menyelaras penyertaan dalam kokurikulum di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

4.4 Menyelia pengurusan Pemarkahan dan Pensijilan Kokurikulum. 

4.5 Menyelia program-program kepimpinan murid. 

4.6 Menyelia pelaksanaan aktiviti kokurikulum seperti dalam Tugasan Guru 


Kokurikulum.          

 

5. Pembangunan Kendiri / Profesionalisme  

5.1 Mempertingkatkan budaya membaca dan budaya ilmu. 

5.2 Menghadiri kursus, seminar dan bengkel. 

5.3 Menjalankan kajian bagi kecemerlangan sekolah (Penyelidikan dan Pembangunan). 

5.4 Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada yang memerlukan. 

5.5 Melibatkan diri dalam persatuan yangnberkaitan dengan profesion keguruan.  

  

6. Pembangunan Organisasi  

6.1 Mewujudkan hubungan dua hala diantara sekolah dengan ibubapa/ masyarakat/ komuniti. 

6.2 Merancang pelaksanaan kursus/ latihan untuk guru-guru.     



GURU AKADEMIK TINGKATAN ENAM  

a. Bilangan waktu mengajar bagi Guru Akademik Tingkatan Enam sekurang-kurangnya 16 waktu hingga maksimun 24 waktu.  

Jumlah waktu mengajar Guru Tingkatan Enam dipenuhi dahulu dengan mata pelajaran Tingkatan Enam sehingga mencapai tahap maksimum seboleh mungkin.  

Atau;  

Jumlah minimum untuk mata pelajaran Tingkatan Enam – 16 waktu, maka baki waktu boleh dipenuhkan dengan mengajar Tingkatan 1 hingga 5 (jika perlu).   

b. Guru akademik yang menjawat gred jawatan yang tinggi iaitu Gred DG52 atau DG48, perlu memegang jawatan khas di sekolah tersebut samada:  

i. Setiausaha Peperiksaan Sekolah 

ii. Ketua Penyelidikan 

iii. Ketua Unit Mta Pelajaran Tingkatan Enam 

iv. AJK Majlis Kurikulum Sekolah  

 

c. Bidang tugas guru akademik terbahagi kepada dua iaitu interaksi dengan murid dan tanpa interaksi dengan murid. (Sila rujuk Lampiran B)    


3. GURU KOKURIKULUM  

a. Senarai tugas dan tanggungjawab sama seperti Guru Akademik Tingkatan Enam.  

b. Jika terdapat hanya seorang Guru Kokurikulum, guru tersebut adalah merupakan penyelaras kokurikulum bagi pelajar Tingkatan Enam.  

c. Jika terdapat lebih daripada seorang Guru Kokurikulum, seorang guru perlu dipilih sebagai Penyelaras Kokurikulum bagi murid Tingkatan Enam.  

d. Senarai tugas Penyelaras Kokurikulum adalah seperti berikut:  

i. Merancang dan menyelaras Jadual Tugas Kokurikulum bagi guru Tingkatan Enam. 

ii. Merancang dan menyelaras aktiviti kokurikulum murid Tingkatan Enam. 

iii. Menyelaras markah 10% kokurikulum dan menyimpan rekod.    



4. GURU AMALI TINGKATAN ENAM  

a. Senarai tugas dan tanggungjawab Guru Amali Tingkatan Enam adalah sama seperti Guru Akademik Tingkatan Enam.  

b. Jika terdapat hanya seorang Guru Amali Sains Tingkatan Enam, guru tersebut dilantik menjadi penyelaras dan bertanggungjawab terhadap makmal-makmal sains Tingkatan Enam. Beliau menjalankan tugas memastikan Pengurusan Makmal Sains adalah seperti yang sepatutnya.  

c. Jika terdapat lebih daripada seorang Guru Amali Sains Tingkatan Enam, seorang guru perlu dipilih sebagai penyelaras bagi makmal- makmal sains Tingkatan Enam.  

d. Jika terdapat Guru Amali Pendidikan Seni Visual atau Komputer, guru tersebut menjadi penyelaras dan bertanggungjawab terhadap makmal atau bilik mata pelajaran berkenaan.    


Oops! This site has expired.

If you are the site owner, please renew your premium subscription or contact support.