SARANA IBUBAPA SMKBSP
Pengantar
Penglibatan ibu bapa (IB) dalam pembelajaran anak sangatlah penting. Terdapat banyak bukti yang menunjukkan bahawa penglibatan IB dan komuniti dalam pendidikan anak membawa perubahan yang ketara kepada kejayaannya. Berbanding 52% masa yang dihabiskan di rumah dan di dalam komuniti hanya 15% masa seseorang anak dihabiskan di sekolah. Istilah ibu bapa yang digunakan dalam konteks ini merujuk kepada sesiapa sahaja yang bertanggung jawab terhadap kebajikan anak dan terlibat secara aktif dengan pendidikannya.
Kajian peringkat antarabangsa PISA 2009 (PISA: Programme for International Student Assessment – Program Pentaksiran Murid Antarabangsa), dijalankan oleh OECD, (Organisation for Economic Cooperation dan Development – Pertubuhan untuk Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan) menunjukkan bahawa cara bagaimana IB menggunakan masa bersama anak di rumah mempengaruhi kejayaannya.
Oleh itu, amatlah penting IB menilai penglibatan bersama anak dan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi membantu anak meraih kejayaan pada masa hadapan. Dalam sarana ini, satu kaedah yang dicadangkan ialah IB mengisi borang soal selidik yang dibekalkan dan menganalisis sendiri kekuatan dan kelemahan dalam empat bidang:
Namun sekiranya IB ingin melebarkan kefahaman dan mengambil iktibar daripada pengalaman IB lain, sila berhubung dengan PIBG sekolah berkenaan. Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) PIBG sekolah anak anda bersedia berkongsi buah fikiran bagi menangani setiap isu. Anda juga mungkin boleh memberi sumbangan idea bernas kepada mereka.
Pengenalan
Sarana ini ditujukan khas kepada IB dan boleh dikongsikan bersama-sama ahli keluarga yang lain. Tujuan asasnya ialah untuk membantu IB melaksanakan tugas pertama dan paling penting, mendidik anak-anak mereka.
Sarana ini mengandungi soal selidik untuk IB dan boleh dianalisis sendiri untuk menentukan tahap penglibatan dalam pembelajaran anak. Cadangan tindakan susulan diberikan sebagai garis panduan kepada IB menambahbaik dalam bidang-bidang tertentu. Sebenarnya IB telah melakukan banyak usaha mengikut kemampuan masing-masing supaya anak-anak berjaya dalam pelajaran. Usaha ini jika dipertingkatkan, akan memberi kesan yang lebih besar.
Amalan-amalan terbaik daripada IB, PIBG dan sekolah dalam dan luar negara dipaparkan untuk memberi gambaran bagaimana mereka mengatasi cabaran yang dihadapi. Adalah diharapkan amalan-amalan ini akan dapat menokok tambah kepada usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh IB.
Cadangan-cadangan yang diberikan melalui sarana ini bukanlah satu senarai lengkap kerana setiap IB mempunyai persekitaran, kemudahan serta pengalaman yang unik dan berbeza-beza. Walaupun demikian, setiap suatu usaha yang diambil oleh IB untuk terlibat lebih mendalam dengan pembelajaran anak di rumah sangatlah dialu-alukan.
Apabila anak-anak mengetahui bahawa ibu bapa mereka sangat mengutamakan pendidikan, maka nilai pembelajaran menjadi begitu tinggi dalam diri mereka.
Kenapa ibu bapa patut terlibat dalam pembelajaran anak?
Faedah kepada anak:
Faedah kepada ibu bapa:
Bagaimana Menggunakan Sarana Ini?
Sarana ini bertujuan meningkatkan penglibatan IB dalam pembelajaran anak-anak. Tidak kira penglibatan anda minimum atau maksimum, masih ada ruang untuk peningkatan. Gunakan sarana ini seperti berikut:
Soal selidik penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak
Kajian ini bertujuan untuk IB menganalisis sendiri penglibatan dalam pembelajaran anak-anak dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas keperluan-keperluan yang timbul.
Hasil yang diharapkan:
SOAL SELIDIK
Arahan: Sila tandakan (√) atau tulis respons anda di ruang yang berkenaan.
Bandar
Luar Bandar
FELDA/RISDA/Perladangan
Pedalaman
Kepulauan
Petempatan Orang Asli
Rumah Panjang
Lain-lain: (sila nyatakan): …………………………………………..
Tiada Kelulusan (Tidak bersekolah)
Pendidikan Sekolah Rendah
PMR/Tingkatan 3
SPM/Tingkatan 5
STPM/Tingkatan 6/Sijil
Diploma
Ijazah dan ke atas
Kurang RM 500
RM 501 – RM 1000
RM 1001 – RM 3000
RM 3001 – RM 5000
RM 5001 ke atas
1 – 2 orang
3 – 4 orang
5 – 6 orang
Lebih 6 orang
Ibu Penjaga
Bapa Lain-lain (Nyatakan) .................................................
Bagi setiap item 1 – 5, skor berikut diberikan: Ya = 1, Tidak = 0. Catatkan jumlah skor anda ke dalam petak di bahagian kanan dan jumlahkannya.
belajar di rumah.
jadual belajar di rumah.
radio/televisyen semasa anak saya belajar.
saya sentiasa kemas dan bersih.
yang cukup.
Bagi setiap item 1- 5, skor merupakan bilangan hari anda terlibat.
saya sebanyak hari ____ seminggu.
sebanyak ___ hari seminggu.
melakukan aktiviti bersama anak
sebanyak _____ hari seminggu
anak saya ____ hari seminggu.
agama/moral kepada anak
____ hari seminggu.
[ Bagi setiap item 1- 5 skor merupakan bilangan hari anda terlibat.
mengenai kemajuan pelajarannya
sebanyak ____ hari seminggu.
tentang peristiwa di sekolah
sebanyak ____ hari seminggu.
kerja rumah anak saya sebanyak
_____ hari seminggu.
[
perancangan aktiviti anak saya
_____ hari seminggu.
dengan anak saya sebanyak
_____ hari seminggu.
Bagi setiap item 1 – 5 skor merupakan bilangan hari anda terlibat.
rangsangan kepada anak saya
sebanyak ____ hari seminggu.
kepada anak sebanyak ____ hari
seminggu.
Aktiviti membaca sebanyak ____
hari seminggu.
menyiapkan kerja rumah
sebanyak ____ hari seminggu
tuisyen kepada anak ____ hari
seminggu.
ANALISIS KENDIRI OLEH IBU BAPA / PENJAGA
Analisis ini memberikan gambaran ringkas mengenai 4 aspek, iaitu:
Penyediaan Suasana Pembelajaran di rumah
Interaksi sosial dengan anak
Komunikasi dengan anak
Sokongan akademik
Beberapa Contoh Amalan Terbaik
Cabaran: Murid tidak memanfaatkan masa untuk belajar.
Tindakan: Program belajar di rumah panjang bertujuan untuk membolehkan murid menggunakan masa hujung minggu dengan mengulang kaji dan menyiapkan kerja rumah. Program belajar malam di rumah panjang diadakan setiap jumaat malam dan sabtu malam dan juga sepanjang cuti sekolah. Ibu bapa dari rumah-rumah panjang di empat kampung – Kampung Rantau Panjai, Kampung Mulong, Kampung Limau Manis dan Kampung Krangan Batu – memantau kehadiran anak-anak di ruang belajar rumah panjang masing-masing. Kehadiran diambil oleh pengawas dan disemak oleh Guru Bertugas Harian pada hari Isnin minggu sekolah berikutnya.
Kesan: Kejayaan 100% dalam UPSR 2010, 2011
Cabaran: Ketiadaan tempat yang sesuai dan selesa untuk murid belajar
Tindakan: Menyediakan pusat ulang kaji pelajaran dikenali sebagai Terminal Sejahtera untuk kemudahan kepada pelajar mengulang kaji pelajaran dalam situasi lebih selesa dan kondusif diusahakan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.
Impak: Anak-anak dapat belajar dalam keadaan lebih selesa.
Melibatkan IB dalam komuniti termiskin: Kajian kes dari Western Cape, Afrika Selatan
Wilayah Western Cape adalah sebuah kawasan pentadbiran yang besar terletak di Afrika Selatan. Wilayah ini mempunyai 600,000 murid dan 17,000 guru di 1,100 sekolah rendah. Sejak tahun 2002, wilayah ini telah menyaksikan peningkatan kadar literasi dalam kalangan murid tahun 3 dan tahun 6. Wilayah ini telah berjaya menghapuskan jurang literasi di antara kelompok murid miskin dan murid terkaya. Salah satu strategi utama Jabatan Pelajaran Western Cape ialah melibatkan IB dengan pembelajaran murid. Kempen kesedaran mengenai cara bagaimana IB boleh membantu anak menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira dilaksanakan dengan mengedarkan risalah seperti brosur dan surat edaran yang mencadangkan IB:
Melibatkan IB dalam membuat keputusan
SK Sultan Sulaiman 1, Terengganu merupakan sekolah rendah nombor satu dari segi pencapaian. IB sekolah tersebut merupakan golongan profesional dan komuniti kelas pertengahan. IB sekolah ini sudah sedia aktif dalam MAT PIBG, Hari Pelaporan dan aktviti-akvtiviti lain. Sekolah ini berhasrat untuk meraih kejayaan lebih tinggi melalui penglibatan IB.
Pada setiap awal tahun, IB dan murid tahun 4, 5, dan 6 berbincang bersama-sama untuk menentukan target mereka pada tahun itu. Setelah mencapai persefahaman, murid dan IB kemudiannya menandatangani akujanji. Biasanya murid berikrar untuk belajar dengan rajin dan bersungguh-sungguh sementara IB berikrar membantu dan menyokong anak-anak. Permuafakatan ini meletakkan IB dan murid dalam keadaan bertanggung jawab. Kedua-dua pihak memahami bahawa kejayaan murid tidak hanya bergantung kepada usaha sekolah semata-mata tetapi perlu melibatkan usahasama IB, murid dan sekolah. “Sekarang, IB tidak lagi bertanya apa yang mahu saya buat, tetapi apa yang boleh kami lakukan bersama demi kemajuan anak”, kata seorang guru.
Membina perkongsian komuniti
SMK Sri Lalang, Johor hanyalah sebuah sekolah Band 5 yang menyediakan persekolah kepada anak-anak keluarga berpendapatan rendah. Kebanyakan keluarga dengan ladang FELDA, atau dengan syarikat-syarikat kecil di bandar. Kali pertama menjejakkan kaki di situ pada tahun 2009, Pengetua mendapati kehadiran murid merupakan masalah utama: kadar tidak hadir setinggi 12.8%. Untuk menyelesaikan isu ini, Pengetua melibatkan beberapa ketua komuniti seperti ketua-ketua kampung dan pengurus FELDA. Bersama-sama mereka berkunjung ke rumah murid yang bermasalah untuk hadir bagi memahami puncanya dan menyenaraikan komitmen IB bagi mengatasi hal ini. Kini kadar tidak hadir telah susut ke paras 5.2%.
Sekolah ini kemudiannya mengundang penglibatan lebih 40 agensi kerajaan dan pertubuhan masyarakat (cth:, kesihatan, polis) dalam aktiviti sekolah di peringkat komuniti. Briged Komuniti ni kemudian pergi ke tiga buah kampung yang menjadi penyumbang utama murid ke SMK Sri Lalang, untuk menyampaikan mesej tentang kepentingan pelajaran kepada anak-anak, strategi sekolah untuk mengurangkan kadar ponteng dan bantuan yang disediakan oleh agensi berkenaan serta tindakan yang boleh diambil oleh IB berkenaan. Sejak itu, penglibatan IB telah meningkat. Briged Komuniti juga kekal dengan komitmen untuk membantu keperluan murid-murid.
Jika semua pihak bekerjasama, banyak perkara boleh dilakukan. Yang penting ialah memulakan LANGKAH PERTAMA itu.
Melibatkan IB berpendatapan rendah dan komuniti dengan sekolah
SK BabaganToki, Sabah terletak di kawasan pergunungan, 30km dari Kota Kinabalu. Terdiri dari hanya sebuah bangunan kayu dengan 5 bilik kelas, 60 murid dan 12 guru. Murid-muridnya datang dari 3 buah kampung yang layak diberi bantuan miskin dan miskin tegar.
Sukar mendapat penglibatan IB kerana kesibukan mereka, dan kerana mereka tidak meletakkan pendidikan sebagai perkara yang penting. Anak-anak diminta bekerja membantu keluarga. Bagi mengatasi perkara ini Guru Besarnya menggunakan agihan KWAPM sebagai satu insentif. IB hanya boleh mengambil wang KWAPM selepas melaksanakan aktiviti yang ditetapkan (seperti gotong royong, perbincangan dengan guru). Keduanya, guru-guru yang telah berkhidmat melebihi 10 tahun ditugaskan melawat dan membimbing IB tentang pentingnya anak ke sekolah dan belajar dengan rajin.
Penglibatan IB bertambah baik dan murid-murid semakin bermotivasi. Walaupun IB tidak mampu membantu anak menyiapkan kerja rumah, tetapi mereka meluangkan masa untuk membantu sekolah memperbaiki kerosakan, menyediakan pengangkutan untuk murid yang mengikuti kelas tambahan dan mengaturkan sesi belajar bersama-sama di rumah mereka.
Penglibatan Ibu Bapa Penjaga dengan Sekolah1
Apabila IB menjadi rakan yang berkesan dalam pendidikan murid, pencapaian sekolah semakin meningkat. Perkara yang paling tepat bagi meramal pencapaian murid di sekolah bukanlah status sosial IB tetapi sejauh mana sesebuah keluarga berupaya untuk:
Apabila IB terlibat dengan pendidikan, maka anak:
Penglibatan IB pada peringkat awal pendidikan anak adalah lebih berkesan, bukan sahaja pada tahap sekolah rendah tetapi juga pada semua peringkat umur. Kaedah penglibatan IB yang berlainan memberi kesan yang berbeza kepada anak:
Peranan Ibu Bapa/Penjaga
Menyediakan peluang dan ruang belajar yang seluas-luasnya untuk anak belajar di sekolah dan di rumah.
2. Mentor
Menasihat, membimbing, mengajar, menyokong, menjaga, menggalakkan, menunjuk cara dll.
3. Penyokong
Menyokong, mempertahankan, menyakinkan anak
4. Sentiasa bermaklumat
Terkini dengan apa yang berlaku di sekolah.
Memeriksa kerja rumah dan peka terhadap kerja rumah adalah satu cara mengesan perkembangan pelajaran anak anda.
Jangan puas hati apabila anak menjawab: “Takda apa atau biasa saja”. Tanya anak anda soalan yang lebih spesifik: “Tadi Cikgu bagi berapa soalan untuk Matematik?” “Sains kena buat apa?”
Hubungi guru-guru anak anda melalui telefon, buku komunikasi atau secara bersemuka.
Cari/semak maklumat dari laman web sekolah /guru
Sediakan bekas/folio untuk surat/nota dari sekolah
Minta bantuan daripada keluarga lain (jika perlu).
Gantung kalendar perancangan untuk mengingatkan tentang tugasan, tarikh akhir dan peristiwa sekolah.
Mengaturkan kehidupan supaya aman dan tenteram, tenang dan bahagia.
a. Berikan anak cukup rehat, cukup makan dan cukup masa bermain. Kecukupan ini akan mempertingkat keupayaannya belajar.
Mendampingi anak remaja sebagai seorang sahabat.
a. Tegas
• Ada timbang rasa.
• Kena pada tempat dan gayanya.
• Beri peluang anak berinteraksi dengan rakan.
• Izinkan berfesyen yang bersopan.
• Beri anak kesempatan membuktikan kebolehannya
• Jika dia tersilap, izinkan dia berubah.
Dunia Remaja Kini: Gajet, Internet, Laman Sosial
Gejala Negatif
If you are the site owner, please renew your premium subscription or contact support.