LAMAN WEB RASMI
SMK BANDAR SUNGAI PETANI

Nobody Fails !!

PENTADBIRAN

PANDUAN AM PENTADBIRAN - GURU DAN SEKOLAH

ARAHAN AM

  • Selaku pegawai kerajaan, guru adalah tertakluk kepada segala arahan yang terdapat dalam Perintah Am kerajaan. Oleh itu, semua guru dikehendaki membaca, memahami dan mematuhi Perintah Am tersebut.
  • Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjujungnya sebagai satu profesion dan bukan satu pekerjaan semata-mata.
  • Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip Perkhidmatan Cemerlang.
  • Semua guru hendaklah menjalankan tugas sebagai satu pasukan- TEAM (Together Everyone Achieve More).

KEDATANGAN

  • Guru sesi pagi dikehendaki berada di dalam kawasan sekolah 10 minit sebelum waktu persekolahan bermula dan merakam kehadiran semasa sampai dan sewaktu balik sekolah.
  • Guru sesi petang dikehendaki berada dalam kawasan sekolah pada pukul 12.30 tengahari dan merakam kehadiran semasa sampai dan sewaktu balik sekolah.
  • Guru yang bertugas mingguan dikehendaki berada di kawasan sekolah 30 minit sebelum waktu persekolahan bermula.
  • Guru yang tidak hadir atau terpaksa datang lewat ke sekolah hendaklah memberikan kenyataan dan sebab-sebab yang wajar kepada pengetua. Guru juga mestilah memaklumkan kepada PK Pentadbiran dan PK Petang dengan kadar segera supaya jadual waktu ganti dapat disediakan.
  • Waktu persekolahan
  • Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat di luar waktu persekolahan kecuali dalam keadaan kecemasan.

Rujukan: Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/81 bertarikh 12 September 1981.


KELUAR KAWASAN SEKOLAH DALAM WAKTU PERSEKOLAHAN

  • Guru dan staff tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam masa waktu persekolahan kecuali jika terdapat sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan dari Jabatan Pendidikan/PPD dengan syarat mendapatkan kebenaran dari Pengetua, jika pengetua tiada mohon kebenaran Penolong Kanan.
  • Guru dan staf dikehendaki mengisi buku keluar kawasan sekolah di pejabat sekolah serta mendapatkan tandatangan Pengetua, jika pengetua tiada barulah memohon kebenaran Penolong Kanan sebelum keluar. Sila isikan waktu masuk semula selepas selesai urusan.
  • Guru dan staf dikehendaki merakamkan waktu keluar dan catatkan di bahagian pernyataan sekiranya guru atau staf tersebut tidak kembali semula bertugas.
  • Semua guru hendaklah meninggalkan kerja bertulis kepada pelajar sebelum meninggalkan sekolah.
  • Pengetua tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kemalangan yang berlaku terhadap mana-mana guru yang keluar tanpa kebenarannya atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa.

PAKAIAN

  • Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion keguruan
  • Guru lelaki hendaklah bertali leher dan berbaju kemeja.
  • Baju berlengan panjang tidak dibenarkan dilipat.
  • Berpakaian kemas di luar waktu persekolahan.
  • Guru perempuan tidak dibenarkan berbaju tanpa lengan dan jarang. Labuh skirt mesti melepasi paras lutut.

Rujukan

  • Surat pekeliling Profesional Kementerian Pelajaran Bil 13/69 bertarikh 26 Disember 1969

( Peraturan pakaian guru di dalam waktu persekolahan dan luar waktu persekolahan )

  • Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 6/1985 bertarikh 9 Mei 1985 ( Peraturan pakaian guru di sekolah )
  • Pekeliling perkhidmatan bil 2 tahun 1985
  • Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 7/2001 bertarikh 7 Jun 2001 (Garis panduan  pakaian guru ketika bertugas di sekolah)

TANDA NAMA

Semua guru dan kakitangan sekolah hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan dan majlis rasmi di sekolah / di luar sekolah.


BILIK GURU/BENGKEL

  • Kebersihan dan keselamatan bilik guru / bengkel adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Ini termasuk keselamatan harta benda di dalam bilik guru/ bengkel. 
  • Guru tidak dibenarkan merokok di dalam kawasan sekolah.
  • Guru hendaklah berada di dalam bilik guru/bengkel semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini hendaklah  dianggap sebagai ‘ non-teaching period’ dan bukannya ‘free period’. Oleh itu guru hendaklah menggunakan masa tersebut di bilik guru/ bengkel untuk perkara-perkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran sahaja. Guru yang terakhir keluar dari bilik guru/ bengkel perlu memastikan suis lampu,  kipas  dan alat penghawa dingin dimatikan. 
  • Guru yang berada di dalam bilik guru/ bengkel hendaklah sama-sama bertanggungjawab memastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman mana-mana pihak.

TUGAS

  • Guru akan diberikan tugas berbentuk kurikulum, kokurikulum, pentadbiran dan tugas khas. Laksanakan tugas yang diberikan dengan cekap , dedikasi dan bertanggungjawab.
  • Apabila diarahkan oleh Pengetua untuk melaksanakan sesuatu tugas/arahan seperti menghadiri mesyuarat, pergi ke JPN , atau berkursus guru hendaklah mengambil tindakan sewajarnya. Guru tidak boleh mengarah guru lain melaksanakan tugasan tanpa kebenaran Pengetua. Jika tugas itu  terpaksa dijalankan oleh mana-mana pihak atas persetujuan bersama, maka ia mesti sampai ke pengetahuan Pengetua.
  • Rujukan :  Surat pekeliling Ikhtisas Bil 7/2001 Garis Panduan Guru bertugas di sekolah

BUKU REKOD MENGAJAR

  • Guru bertanggungjawab menjaga keselamatan buku rekod  mengajar kerana ia merupakan SKT setiap guru kecuali guru bimbingan dan kauseling
  • Semua butiran hendaklah diisikan dengan kemas, teliti dan lengkap.Semua guru wajib menghantar buku rekod mengajar pada akhir minggu pertama persekolahan. Semua guru diminta memasukkan markah peperiksaan akhir tahun 2011 mengikut subjek yang diajar di dalam buku rekod mengajar.
  • Buku rekod ini hendaklah diserahkan ke Pejabat pada hari Khamis atau hari akhir minggu berkenaan untuk tujuan semakan dan tandatangan oleh Pengetua/ Penolong Kanan/ GKM
  • Jika seseorang guru bercuti, buku tersebut hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan / Guru Kanan. 
  • Buku Rekod mengajar hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari terakhir tahun persekolahan.
  • Laporan polis perlu dibuat bagi guru yang kehilangan buku rekod mengajar.

PERHIMPUNAN MINGGUAN/HARIAN

  • Perhimpunan sekolah adalah majlis rasmi sekolah. 
  • Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan mingguan sekolah pada jam 7.30 pagi
  • Guru bertugas mingguan/ perhimpunan diwajibkan berada di perhimpunan harian jam 7.10 pagi setiap hari pada waktu persekolahan.
  • Guru hendaklah berada di majlis sehingga tamat perhimpunan. 
  • Semua guru hendaklah duduk di bahagian hadapan perhimpunan kecuali guru bertugas mingguan dan perhimpunan.
  • Pakaian guru semasa perhimpunan : - 
    a. Guru lelaki hendaklah memakai baju kemeja berlengan panjang dan bertali leher. 
    b. Guru perempuan hendaklah berpakaian kemas, bersopan santun dan tidak memakai selipar / sandal. 
  • c. semua guru dikehendaki memakai blazer dalam perhimpunan rasmi. 

ACARA ATAU MAJLIS RASMI SEKOLAH

  • Semua guru dikehendaki hadir dalam semua acara atau majlis rasmi sekolah
  • Guru yang tidak dapat hadir kerana sebab–sebab yang tidak dapat dielakkan hendaklah memaklum dan mendapatkan kebenaran daripada Pengetua.

MESYUARAT GURU/STAF SOKONGAN

  • Guru diwajibkan menghadiri mesyuarat yang diarahkan oleh Pengetua/ Penolong Kanan /Guru Kanan/ Ketua Panitia tertentu pada bila – bila masa.
  • Guru/ Staf sokongan yang tidak dapat hadir kerana sebab – sebab yang tidak dapat dielakkan hendaklah mendapatkan kebenaran daripada Pengetua. Sekiranya Pengetua tiada, barulah mendapat kebenaran daripada Penolong Kanan / Penolong Kanan Petang.

CUTI SAKIT

  • Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak melebihi 15 hari dalam setahun.
  • Bagi pegawai yang menerima rawatan pesakit dalam di hospital swasta boleh menerima cuti sakit sehingga 180 hari tanpa pengesahan daripada pegawai perubatan kerajaan.
  • Guru / Staf sokongan perlu memaklumkan kepada Pengetua sekiranya mendapat cuti sakit.
  • Surat Akuan Cuti Sakit mesti diserahkan kepada Pengetua dalam tempoh seminggu.

Rujukan

  • Perintah Am Bab C
  • Pekeliling Perkhidmatan Bil 2/2006 Pindaan Peraturan Mengenai Sijil Sakit untuk tujuan Cuti Sakit

PERHUBUNGAN SESAMA GURU 

  • Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik dan sihat sesama guru dan sentiasa mengawal tutur kata dan tingkah laku mereka serta dapat  mewujudkan perasaan kekitaan. 
  • Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan / fahaman / pendapat /  kepercayaan kepada guru ataupun pelajar atau staf sokongan yang lain. 
  • Perhubungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kepada kaum, status sosial, sosial ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah ini. 

Rujukan

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/2003 Kearah Membudayakan Nilai Berterima Kasih bertarikh 30 April 2003


JADUAL WAKTU 

  • Guru tingkatan hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk  dipamerkan dalam kelas sendiri. 
  • Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa  kebenaran  Pengetua. 
  • Jadual waktu ganti hendaklah disediakan oleh Penolong Kanan / Penolong Kanan Petang dan ditandatangani oleh Pengetua / Penolong Kanan.

JADUAL KEDATANGAN PELAJAR 

  • Jadual kedatangan pelajar hendaklah ditulis secara teratur, kemas dan ditanda pada setiap hari oleh guru tingkatan pada waktu pertama. Sekiranya guru tingkatan tidak hadir, Penyelia    Tingkatan bertanggungjawab menandanya. 
  • Buku ini hendaklah sentiasa berada di pejabat sebelum jam 9.00 pagi ( sesi pagi) dan 3.00 petang (sesi petang).
  • Pelajar yang tidak hadir selama 3 hari berturut-turut pada waktu persekolahan, ibu bapa / penjaga hendaklah dimaklumkan melalui telefon dan  bertulis (surat amaran ponteng)
  • Analisis kehadiran mesti dibuat pada setiap akhir bulan dan akan disemak oleh guru penyelia tingkatan. 
  • Guru tidak dibenarkan membawa keluar  Buku Kedatangan Pelajar dari sekolah tanpa kebenaran Pengetua.
  • Guru atau penyelia tingkatan sahaja yang boleh menanda kehadiran di dalam jadual kedatangan pelajar.
  • Guru tingkatan hendaklah menyerahkan data kehadiran pelajar kepada penyelia tingkatan semasa perhimpunan harian.
  • Penyelia tingkatan bertanggungjawab untuk mengisi data kehadiran dalam Sistem Kutipan Data secara on-line (ARS) JPN sebelum 9.00 pagi bagi sesi pagi dan 3.00 petang bagi sesi petang.

 KUNCI

  • Semua kunci mesti disimpan di pejabat pentadbiran sekolah. 
  • Guru dan kakitangan sekolah yang hendak menyimpan kunci mesti mendapat kebenaran dari Pengetua.
  • Sewaktu cuti penggal persekolahan semua kunci hendaklah diserahkan di pejabat pentadbiran sekolah.

TELEFON

  • Penggunaan telefon pejabat hanyalah untuk urusan rasmi sahaja dan hendaklah direkodkan.

ARAHAN DAN PEKELILING 

  • Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Pengetua hendaklah dibaca dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya dan disimpan di dalam fail khas. 
  • Sekiranya pekeliling itu daripada Kementerian, Jabatan Pendidikan / PPD guru hendaklah mengembalikan dengan segera ke pejabat sekolah setelah tindakan diambil.

 BUKU STOK / INVENTORI 

Guru Kanan atau Ketua Panitia bertanggungjawab menguruskan buku stok /   inventori dan memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat, lengkap dan  sentiasa kemaskini. Buku ini akan disemak dari masa  ke masa  oleh Pengetua /  Penolong Kanan.


MEMBELI BARANG

  • Guru/Kakitangan sekolah yang hendak membeli barang mesti memohon kebenaran pengetua dengan menggunakan borang pesanan kawalan dalaman berserta dengan sebut harga asal daripada pembekal. 
  • Borang pesanan kawalan dalaman mesti diisi oleh pemohon dan mendapat sokongan daripada Penolong Kanan/ Guru Kanan sebelum diluluskan oleh Pengetua. 
  • Semua pesanan mesti dibuat melalui Borang Pesanan Tempatan. 
  • Segala invois mesti ditandatangani oleh guru / Penyelenggara Stor yang menerima dan direkodkan dalam buku stok dengan kemas. 
  • Pengetua tidak akan menanggung segala kos pembelian tanpa kebenarannya.

KEGIATAN KOKURIKULUM 

  • Guru yang ditugaskan menjadi penasihat kegiatan kokurikulum hendaklah menjalankan tugas dengan cekap dan berkesan.
  • Guru-guru berkenaan wajib hadir mengikut jadual yang ditetapkan 
  • Kegiatan kokurikulum adalah tugas rasmi.

PELAWAT

  • Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Pengetua / Penolong Kanan terlebih dahulu. Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau  penjual-penjual kecuali  dengan kebenaran Pengetua/Penolong Kanan.
  • Semua pelawat / waris hanya dibenarkan berjumpa dengan mana-mana guru di pejabat sahaja.

KEBERSIHAN

  • Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua guru, staf sokongan dan pelajar.
  • Jadual giliran bertugas pelajar hendaklah disediakan oleh AJK tingkatan.  Alatan    membersihkan  kelas hendaklah digunakan dengan rapi dan disimpan di tempat yang selamat. 
  • Guru Kanan / guru lain yang mempunyai bilik khas / tempat khas  (bengkel,   bilik kaunseling, makmal dan lain-lain)  bertanggungjawab untuk menjaga bilik tersebut.

KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH 

Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga  keselamatan harta benda sekolah. Pelajar yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau  tidak sengaja hendaklah dibawa ke pengetahuan pihak sekolah. 

  • Guru Kanan / Ketua Panitia hendaklah memastikan ada peraturan-peraturan mengenai penggunaan alat-alat dan bilik-bilik tertentu seperti makmal,  bengkel dan lain-lain. 
  • Penggunaan alat-alat, bilik-bilik dan bengkel-bengkel di luar masa sekolah dan masa cuti hendaklah mendapat kebenaran Pengetua dan direkodkan.
  • Penggunaan bilik-bilik tertentu oleh pelajar selepas waktu sekolah, hujung minggu atau   waktu cuti hendaklah bersama guru.

Oops! This site has expired.

If you are the site owner, please renew your premium subscription or contact support.