Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya Jawatankuasa Penyelidikan dan Kolokium, Pengurusan Tingkatan Enam telah berjaya menerbitkan Himpunan Kajian Tindakan / Penyelidikan Guru dan Kumpulan Mata Pelajaran Pelajar Pra-U .
Tahniah dan syabas kepada Pengurusan Tingkatan Enam, Sekolah Menengah Bandar Sungai Petani atas inisiatif menerbitkan himpunan Kajian Tindakan dan Penyelidikan ini.
Kajian tindakan dan penyelidikan sebenarnya merupakan satu proses yang dilakukan untuk membuat perubahan atau penambahbaikan dalam pembelajaran dan pengajaran supaya dapat memperbaiki segala kelemahan serta dapat meningkatkan tahap pencapaian pelajar ke tahap yang lebih baik.
Usaha menerbitkan kajian tindakan dan penyelidikan ini akan membolehkan para guru memahami kesan-kesan amalan pengajaran sebagai seorang pendidik dalam usaha untuk membawa satu perubahan dan meningkatkan kualiti dalam amalan pengajaran dan pembelajaran.
Saya berharap kajian tindakan dan penyelidikan seperti ini harus dilakukan oleh semua guru dan ia juga harus dilakukan terus-menerus agar dapat membantu para guru menghadapi cabaran dan masalah berhubung dengan amalan pembelajaran dan pengajaran di samping memperkembangkan kemahiran profesional guru, khususnya mengenal pasti teknik atau kaedah pembelajaran yang berkesan secara bersama.
Wallahu'alam
HJH HAFSAH BT L.HUSSIAN
Pengetua
SMK Bandar Sungai Petani
If you are the site owner, please renew your premium subscription or contact support.