WAHAI PENDIDIK, JASAMU KUKENANG SELAMANYA
Karya: Anis Amirah bt. Zakria 5 Sains 1, 2012
Jika hari ini seorang raja gagah memerintah, Jika hari ini seorang perdana menteri petah berbicara, Jika hari ini seorang arkitek berlumba membina pencakar langit, Jika hari ini seorang ulama dengan merdunya mengalunkan zikir, Sejarahnya bermula dengan seorang pendidik, Yang tidak jemu mengajar erti tulis dan baca.
Itulah insan yang teristimewa dalam catatan diari setiap individu di dunia ini. Tidak kira keturunan, bangsa mahupun warna kulit, dialah yang menjadi penyuluh dunia, menerangi kegelapan galaksi dengan titisan-titisan ilmu yang bercahaya dari lautan pengetahuan. Seorang guru tidak pernah meminta untuk disanjung. Seorang guru tidak pernah meminta untuk dibayar atas ilmu yang dicurahkan bahkan di lubuk hati insan yang bergelar pendidik ini hanya tertulis secebis impian untuk melihat anak didiknya berjaya dalam kehidupan. Benarlah madah sasterawan dunia, Bertrend Russel bahawa manusia yang bahagia ialah manusia yang hidup untuk alam bukan untuk dirinya sendiri. Namun, sayang seribu kali sayang kerana muda-mudi pada era penglobalisasian dunia kontemporari sudah buta dengan budaya menghargai pendidik. Lihat sahaja di tabloid-tabloid glokal, terpampang izhar isu kebejatan moral pelajar, peras ugut terhadap guru dan propaganda yang bisa sahaja menghiris jiwa kecil sang pendeta ilmu. Ke mana hilangnya kasih mereka terhadap guru? Tidak wujudkah sekelumat pun rasa belas kasihan dan ingin menghargai bakti yang ditabur oleh golongan pendidik? Lantas, berhubung dengan kemelut tersebutlah, kerajaan telah mengambil langkah primer dalam menyemai kembali sikap menghormati guru dalam kalangan anak pelajar. Pelbagai kempen dan program telah dirancang dan dilaksanakan menerusi semua saluran yang sedia ada. Tamsilannya, Konsep Sekolah Penyayang yang hangat dilaksanakan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia kebelakangan ini berteraskan budaya kemesraan dan sayang-menyayangi dalam kalangan guru dan murid. Sebagai pelajar, saya juga tidak terkecuali dalam menunjukkan penghargaan terhadap kasih yang dicurahkan oleh guru. Hal ini kerana saya menganggap guru umpama insan yang bergharga lebih berjuta kalinya jika dibandingkan dengan permata nilam di lombong opal. Terdapat lebih daripada 1001 cara yang boleh diimplementasikan sebagai tanda penghargaan terhadap insan penggerak bangsa ini. Perkara pertama yang dapat saya lakukan adalah dengan menghormati guru ketika berada di sekolah mahupun di luar sesi persekolahan kerana sesungguhnya mereka umpama ibu bapa kepada kita. Jika jarum jam diputar kembali sedekad yang lalu, masih jelas di ranting kenangan, terlihat di bawah sebuah pondok usang ada insan yang mengajarkan agama kepada anak kecil. Insan tersebutlah yang mengajar cara mengenal Yang Maha Esa serta kekasih yang dicintai-Nya. Ya benar, guru bukan sahaja mengajar kita ilmu keduniaan malah mengajar kita mengenal Tuhan. Oleh itu, saya tidak akan sesekali mengingkari perintah-Nya dan senantiasa menjaga
hati guru. Suara juga perlu direndahkan saat berhadapan dengan mereka dan layanan mesra akan saya praktiskan terhadap mereka sama seperti layanan terhadap ibu bapa di rumah. Masih terngiang-ngiang di gegendang telinga pesan junjungan besar, Rasulullah S.A.W tentang memuliakan guru. Sabda baginda, “Pelajarilah ilmu pengetahuan dan pelajarilah ilmu itu dengan ketenangan jiwa dan kerendahan diri. Rendahkanlah dirimu terhadap orang yang mengajar kamu.” Diriwayatkan oleh Abu Hurairah. Jelaslah menghormati guru merupakan satu perkara yang ditekankan sewaktu menuntut ilmu. Tambahan pula, saya akan bersiap sedia untuk membantu guru apabila diperlukan. Saya boleh menolong guru-guru dengan mengangkat buku-buku mereka atau apa sahaja jenis bantuan yang dapat meringankan beban mereka. Apabila sikap ringan tulang itu diadunkan dengan cahaya keikhlasan dari hati, pasti pertolongan yang dihulurkan dapat membuat guru berasa dihargai. Melalui pertolongan yang dihulurkan, kita sekurang-kurangnya dapat membalas jasa guru yang mengasuh dan membentuk kita selama ini. Malahan, Saidina Ali r.a pernah berkata, “Sesiapa yang mengajar aku satu huruf, maka jadilah aku hamba kepadanya”. Oleh hal yang demikian, saya tidak akan lokek membantu guru kerana sikap ringan tulang membawa berkat. Di samping itu, saya akan menghargai kasih sayang guru dengan belajar bersungguh-sungguh. Pujangga pernah berkata, tuntutlah ilmu sampai ke negeri China. Hal ini menggambarkan betapa pentingnya kita menuntut ilmu dalam kehidupan. Maka perhatian sepenuhnya akan saya berikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Janganlah sesekali menimbulkan kesumat marah di hati guru dengan melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya seperti membuat bising sehingga mengganggu proses pembelajaran. Hal ini kerana waktu guru mengajar adalah waktu yang paling mujarab untuk penyerapan ilmu ke dalam sel-sel memori otak. Selain itu, segala latihan dan ulangkaji juga akan saya tingkatkan kerana guru pernah berpesan bawaha usaha itu tangga kejayaan. Pastinya terdetik di ruang kecil hati seorang guru untuk melihat anak bangsanya berjaya. Lihat sahaja senyuman yang terukir manis di bibirnya saat melihat keputusan cemerlang pelajar yang telah diasuhnya sekian lama. Tidakkah itu membahagiakan insan yang bernama pendidik? Sasterawan Barat, Bacon pernah berkata bahawa ketinggian ilmu seseorang tidak dapat diukur dengan pita, melainkan dipergunakan. Oleh itu saya akan terus mengamalkan ilmu yang diajar oleh guru dalam kamus kehidupan saya pada masa hadapan kelak. Saya sentiasa percaya bahawa ilmu yang diperoleh daripada guru akan menjadi panduan hidup sekiranya diamalkan secara berterusan, bukan sekadar habis pada musim peperiksaan. Ajaran Islam pernah menyebutkan, apabila meninggal seseorang anak Adam itu, maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara. Salah satu daripadanya merupakan ilmu yang diamalkan oleh orang lain. Hal ini bukan sahaja dapat memberi kegembiraan buat guru di mayapada, bahkan juga di alam barzakh. Penghargaan terhadap guru juga boleh ditunjukkan
dengan memberi mereka hadiah sebagai tanda kasih sayang pada hari-hari istimewa seperti Hari Guru. Sebenarnya, tidak perlu menunggu Hari Guru untuk menzahirkan tanda terima kasih terhadap guru. Sebagai pelajar, kita juga boleh meraikan hari lahir atau Hari Ibu dan Hari Bapa bersama mereka. Namun begitu, konsep pemberian hadiah terhadap guru sering disalahertikan kerana ada yang berpendapat bahawa untuk menunjukkan penghargaan terhadap guru, hadiah yang mahal mestilah diberikan. Tidak salah untuk memberi cenderahati yang eksklusif. Walau bagaimanapun, pemberian yang ikhlas adalah pemberian yang paling bermakna buat guru. Terimbas kembali plot sebuah cerpen yang mengisahkan seorang guru itu menangis teresak-esak apabila mendapat hadiah berupa ulam pucuk gajus daripada seorang pelajarnya yang miskin akibat rasa terharu akan penghargaan yang ditunjukkan oleh pelajarnya itu. Kalbu mana yang tidak akan tersentuh sekiranya diberi penghargaan sedemikian oleh anak bangsa tercinta.
Lebih baik lagi, saya akan selalu menziarahi guru sama ada di sekolah mahupn di rumahnya terutama setelah tamat persekolahan nanti ataupun setelah mereka bersara. Sikap sebegini pastinya membuat guru berasa lebih dihargai daripada saat kita melawat mereka ketika terlantar gering di wad-wad hospital. Saya juga dapat mengikuti perkembangan guru yang saya sayangi walaupun setelah meninggalkan alam persekolahan. Melalui inisiatif ini, ukhuwah antara guru dan pelajar akan terjalin dengan lebih erat dan bibit-bibit kemesraan yang harmonis dapat disemai. Akhir sekali, saya akan sentiasa mendoakan keselamatan dan kesejahteraan guru tidak kira di mana dia berada. Curilah sedikit waktu untuk memohon kepada-Nya agar terus melimpahkan rezeki kepada guru
yang terlalu banyak berbakti kepada warga dunia. Saya ingin sekali memohon maaf kepada guru-guru atas kesalahan yang telah saya lakukan sama ada secara sedar atau tidak. Hal ini disebabkan ilmu yang berkat itu datangnya daripada keredhaan seorang guru. Meskipun seorang guru tidak pernah meminta untuk diberikan sebuah mahligai yang gah dan kilauan intan permata untuk dirinya, namun kita sebagai pelajar perlu senantiasa mempamerkan rasa hormat dan cinta akan guru. Oleh hal yang demikian, janganlah lokek untuk membalas jasa mereka. Sebaliknya, marilah kita sama- sama melaungkan ungkapan “Kami sayang cikgu!” dan biarlah seantero dunia tahu betapa berharganya kita dianugerahkan seorang pendidik. Jika setiap anak didik di muka bumi ini mengukirkan penghargaan terhadap guru mereka, saya percaya gurulah insan yang paling gembira di alam ini. Sebagai penghias bicara akhir, izinkan saya mencoretkan sebuah sajak lambang tanda terima kasih saya buat cikgu.
Masamu kau korbankan demi anak bangsa tercinta, Lelahmu terpancar gemerlapannya dengan sinar pengetahuan, Hayatmu terisi dengan mendidik mengasuh permata negara, Misimu tetap utuh, Mengisi piala kemenangan anak pelajar hingga ke menara gading.
Duhai guru, dengarlah... Akan kami bangkit perjuangkan ilmu, Akan kami tawan puncak angkasa, Akan kami semat jasamu dalam sanubari, Akan kami perdengarkan kisahmu kepada bangsa sekelian alam.
AWESOMEST 5 SCIENCE 1
(Allef Elfi Danial)
Dusty and dustier. That's my first impression when I entered 5Sc1 class and sighing endlessly definitely won't cleanse the room. Ignoring the mounds of trash at... oh I don't know, EVERYWHERE, I walked to my place and sat down. Took a glance at my desk, MEGA DUSTY! Stupidly, I blowed at my desk causing a tornado of dust to rise and nearly choke me to death. Others were already walking into the classroom. They did what other 'clever' science students would do, sighing endlessly. Oh, we're champions at sighing I tell you. Some looked left and right as if their were expecting someone to clear the rubbish for them. The person sitting next to me didn't come yet so without looking around, I gathered all the trash under my desk and stuffed them into his. There, all done. I glanced aside and saw Taufiq looking at me, eyes wide open. I mouthed 'Mind your own business' and looked away. I didn't mean to be rude because he's such a nice person but time calls for desperate measures. Amirul came in, and FYI, he's the person sitting next to me, owner of the desk which I had just pilfered. He sat at his place and groaned heavily when he wanted to put his books in his desk and saw the amount of trash blocking the entrance. It pains me to do such thing to my best friend so should I told him the truth?... Heh, I'll get over it. Anis Amirah and Syifaa, two girls sitting in front of me turned around and told me something that nearly cause an accident in my pants. Spot-checks! Others were still calm and seemed oblivious of the news. Immediately I knew what to do. I stood up and screamed 'SPOT-CHECKS!!!' as loud as I could. Luckily, the teacher wasn't in yet. In a flash, everybody was gathering their forbidden things such as liquid papers, marker pens, the girls fumbling out the ridiculous make-ups thingy and some even took out hand-phones and MP3s. It was apocalypse. I was happy seeing the pandemonium I started. I didn't bring anything forbidden so it was kind of fun to see others in misery. Evil? Yes! Atiqah and Hanis came to me and begged for my help. Though I'm devilish, I still have a soft spot for weak mortals which are girls. So I took their phones and stashed them in my blazer pockets. I walked out of the class, feeling vigilant as if I'm carrying a bomb. I went to my father's place and put the phones there, ignoring his strong protests and returned to the class. I know he won't turn me in. Why? Because he's my father, duhh... Anyway, the chaos still hasn't calmed down and students dashed around, desperately trying to hide their shares of forbidden things. They didn't ask for my help, so it's their own problem to handle. I sat and enjoyed the view. I saw Fatin and Balqis wrapping their things in the curtains, taping them in place with cellophane tapes. Meanwhile, Shafiq and Fazrul stashed theirs on the suspended slide projector. Clever? Well, what do you expect from us? Finally, everyone calmed down and began their usual morning gossips. The class was unattended by teachers until recess and we're wondering where they've gone. As the recess bell rang, some went down to the canteen while some stayed not for diets but because they were too lazy to go down. Take note, cleverness doesn't ensure your diligence. For me, recess time is a visiting time. I
strolled to the class next door and went straight into a wrestling match. Two guys from my class, Hafiz and Mad were struggling on the floor surrounded by mobs of supporters. At first I thought they were fighting for real, but that's kind of impossible because they are like BFFs but then I found out that the fight was actually an 'exercise'. My eyebrows rose automatically upon hearing this ridiculous statement. An exercise on the filthy floor? Oh yeah, we're great on hygiene issues here. Anyway, I wasted my time watching them try to break each other's bones. Unfortunately, both of them only got minor scratches. The bell rang, indicating that the recess is over, as I entered my class, Aimi Dzakirah and Najla approached me, arms on their hip and said that haven't been any spot-checks done. I was kind of surprised that they blamed me. Still, it broke the monotony. 5Sc1 went on unsupervised with no teachers coming in after recess. We had a wonderful time, chatting and partying (literally) like crazies. Special treat like this doesn't come everyday. At precisely 12.30p.m in the afternoon, a godlike explosion shook the school and caused Wafiy to spill his water bottle and Faiz to punch Nurislam in the face. Immediately, it (the explosion) caused an uproar. Wafiy stared at his ruined pants in dismay while Nurislam has created a new dictionary of bad words and curses. Faiz however had no qualms in apologizing and went straight ahead outside to see the source of explosion. Aisyah, the new girl scowled in fury as her concentration in doing Additional Mathematics exercise (seriously???) was bro- ken. Azim, on the other hand did nothing but say passive and unmoving like nothing has happened. We all had agreed to ignore his behavior. Faez and Ashraf Ali went on discussing about a new game as if they were deaf. Husnina, Atikah and Diana also acted oblivious to the explosion. Then, someone shouted that the Form 3 block was on fire. Full of enthusiasm and extremely excited, I ran outside. Smoke was billowing out from one of the classes. Students were running like hell, shouting for help and some even acted like they were on fire. Morons. Even the teachers, who were supposed to show calmness and maturity, ran around, heating up the chaos. We laughed and jeered at them. Yeah, some helpers we are. I went back into the class, quite disappointed that everyone was safe. Call me Mr. Skeptical, I don't care. At 1.20p.m., the bell rang (again) and we piled out, feeling eager to escape from the boredom of schooling. Laughter and joy filled the air as smelly seniors rushed downstairs alongside with stressed juniors. As I reached the stairs, it was blocked with a mob of students. I feel lazy to take the other stairs so I waited, scaling down slowly. Impatient seniors began to sound their discomfort while petite juniors preferred to ignore them. Feeling sentimental, I look at the view and inhaled deeply. Bad idea. I forgot I was still standing on the stairway, surrounded by smelly mortals. My eyes began to water and Amirul looked strangely at me, wondering if I was crying, which I was not. At last (thank God!), we managed to escape from the exodus. I walked straight out without looking back. For me, school is not a place I should spend more time. It drives me crazy. How about you?
127
The part played by money in our everyday life is very important indeed. We need money to buy food and to pay our bills. In this modern world, most of the things that we want, material or ortherwise, can be obtained in exchange for money. Without money, one's life can become a misery.
It is thus not surprising to find that many people place money making as their top priority in life. This attitude is fine as long as they remember that there are other facets of life in which money is not required. Quite often money cannot buy these things at all. Take for example, one's health; money can buy the best medical care available, but if free basic attention has not been paid tone;s health which is allowed to deteriorate, there will come a time when no money in the world can return one to good health. One, for one, prefer to be healthy than rich.
Nevertheless we do need money. So it is wise for every able-bodied person to do some sort of work so that he or she can be paid for the work done. Subsequently, he or she can spend the money buying necessary things.
I suppose that the work-in exchange for money practice works well in general. However, for some people, the lure of money becomes overhelming. Greed blinds them and they spend their whole life pursuing money. The methods employed in this pursuit are not subject to any law or reasons. As long as they make profit, they will do it even though they might hurt themselves and make enemies in the process. Time and again we hear stories of people caught up with this money - madness. The millionaire who dies of starvation, the miser who would rather freeze than spend some money on heating, the woman stuffs her money inside her mattresses only to lose it all in a fire - the list is endless. All these are examples of people who have allowed money to be the most important thing in their lives. They started out trying to make a living. They ended up forgetting to live.
Most people that I have meet lament about money, or rather, the lack of it. They are always unsettled bill to pay. It seems to me that this situation occurs because these people are always living beyond their means. They must buy another car, another house, a larger TV set and the latest cell phone. To remain in debt become the vogue. Keeping up with die society is a ver real social disease of our times. It keeps the people slogging all their lives. It keeps the banks and manufactures happy.
Then there are people who want but indulge in foul means to acquire it. We have conmen, thieves, kidnappers and gangsters operating in the midst of society. Sometimes these felons are cought and punished, but they will never be eliminated completely. This is because our very societal structure produces these criminals. We are all thought from young to pursue money. We grow up feeling that we must have money, and how shamefulit is to be poor. So, we learnt make money. Some of us learn skills and knowledge-thus enabling them to make money honestly. Some of us, either due to alack of ability or unforeseen circumstances, employ socially unacceptable means of accumulating money.
In conclusion, I would say that virtually every adult is after money-making in some form or the other, be it earning an honest living or getting money from the point of a gun, it is the degree of the social acceptability of effort that is exerted to obtain money that varies from person to person. Each person has his or her choice to make and use money wisely, or let money become his master.
Amirah Farhani bt. Abd. Fakar 4SC2
TEACHER
Teacher... You come to us, To teach us so that we can gain knowledge, You never know the meaning of worn out, Though we always play around with your feelings, Yet, you still patiently teaching us.
Teacher... Even with our bad behaviour, You are always tolerant and concerned about our education, We will never know how tired you are, Yet you still have the will to teach us over and over again, Until we understand what you’ve been teaching.
Teacher... Without you, who are we? We realize our bad behaviour, You are the key to our success after our parents, Thank you for all of your efforts to give us knowledge, So that we can excel in the future.
Teacher... We would like to apologize for all our mistakes, Legacy that we can’t pay with cash, But... to repay back your kindness, We promise we’ll study hard, And achieve excellent results with flying colours, Hoping that God will guide us towards success.
Thank you teacher! And we wish you a very Happy Teacher’s Day, We’ll remember all the kindness of yours till the rest of our life!
Muhammad Azizi & Syafiq Kahardy from 4SC2
KASIH IBU
Sudah berminggu-minggu aku menanti akan kepulangannya di perhentian bas yang usang ini, namun setiap hari juga penantianku berakhir dengan kehampaan. "Mak cik, sudah tiba masanya untuk masuk ke dalam," salah seorang jururawat menyambutku dengan senyumannya yang manis." Mungkin anak mak cik terlalu sibuk hari ini. Insya-Allah mungkin esok En. Arshad akan melawat mak cik". Aku hanya memandang ke arah jalan raya sambil melihat kenderaan yang lalu-lalang dengan pandangan yang penuh sayu. Adakah Arshad benar-benar telah meninggalkanku di sini? Adakah ini balasannya kepadaku yang melahirkan dan membesarkannya selama ini? Perasaanku adalah sama setiap kali jururawat menolak kerusi rodaku memasuki ke dalam pusat jagaan orang tua. Sedih dan kecewa… "Ibu, Ayah! Arshad dapat 9A+!" Jeritan Arshad masih bergema di telingaku sepertinya baru sahaja semalam anak tunggal kami membawa pulang kejayaan yang amat berharga. "Ibu! Ayah! Berhentilah dulu buat kerja tu. Marilah tengok keputusan SPM Arshad," Tiada sepatah perkataan yang dapat aku dan ayahnya luahkan apabila melihat sendiri slip keputusan SPMnya. Hanya titisan air mata menjadi bukti kebanggaan kami terhadap Arshad. Aku masih ingat dengan jelas apabila ayahnya tawaf seluruh kampung pada petang itu sambil menunjukkan slip keputusan anak tunggal kami kepada semua orang kampung. Ternyata keputusan itu merupakan satu kebanggaan apabila seorang anak kampung mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Pada keesokan harinya pula, aku menyediakan juadah untuk mengadakan kenduri kesyukuran untuk Arshad. Arshad menerima tawaran menyambung pengajiannya ke United Kingdom. Setiap malam, aku melihat Arshad tidak lekang merenung surat tawaran tersebut dengan senyuman yang lebar. "Hanya satu sahaja pesan ibu. Jangan tinggalkan solat, sentiasa ingat kepada Allah dan yang paling penting ialah jangan menjadi seperti kacang lupakan kulit," pesanku kepadanya sebelum dia berangkat ke luar negara. Setelah beberapa tahun berlalu dan Arshad hanya mengirimkan surat kepada kami di perantaun. Tahun ini merupakan tahun kedua aku serta ayahnya beraya berduaan. Menurut surat yang dikirimnya pada baru-baru ini, dia kini sedang menjalani peperiksaan akhirnya di sana. Katanya, jika tiada halangan, dia akan beraya di sini dan akan berhijrah kembali ke Malaysia. Pada hari kepulangannya, aku dan ayahnya menanti dengan penuh debaran akan kepulangan anak tunggal kami. Alangkah gembiranya diriku apabila melihat sebuah kereta waja berhenti di hadapan rumah. Seorang pemuda yang tampan kemudiannya keluar dengan memakai kemeja hitam yang sama seperti aku jahitkan untuk Arshad sebelum berlepasnya beliau ke perantauan. Tidakku sangka baju itu kelihatan baru walaupun sudah bertahun lamanya. "Mak! Ayah!" Jeritan tersebut membuat kami sedar bahawa pemuda tersebut adalah Arshad. Beliau kemudian berlari dan memeluk kami berdua. Perasaanku pada ketika itu memang amat sukar untuk diolah dengan kata-kata. Sepanjang malam, Arshad tidak berhenti menceritakan akan pengalamannya di sana. Aku dan ayahnya hanya mendengar ceritanya dengan penuh keterujaan. "Mak,ayah. Arshad sudah mendapat pekerjaan di Kuala Lumpur. Mulai minggu hadapan Arshad sudah mula bekerja". "Baguslah jikalau Arshad sudah mendapat pekerjaan." Ayahnya berkata dengan bangga. "Insya-Allah Arshad akan mencari sebuah rumah di sana nanti dan ibu serta ayah bolehlah tinggal bersama Arshad." Cadangan Arshad membuatkan raut wajah ayahnya bertukar muram. Aku memang amat memahami apa yang sedang difikirkan ayahnya pada waktu itu. "Ibu dan ayah gembira tinggal di pondok yang usang ini nak. Lagipun rumah ini merupakan harta peninggalan nenek yang diwasiatkan kepada ayah sebelum beliau menghembuskan nafas terakhirnya" Arshad hanya mengangguk mendengar penjelasanku." Berbulan telah berlalu dan Arshad telah lama memulakan pekerjaan barunya di ibu kota. Kehidupan kami ternyata lebih senang berbanding sebelumnya. Pelbagai kemudahan dihantar oleh Arshad melalui pos. Wang saku untuk perbelanjaan perubatan ayahnya juga turut Arshad sertakan bersama. Namun, hari demi hari keadaan ayahnya kelihatan semakin lemah. Sejak seminggu lepas ayahnya menjadi lumpuh separuh badan dan beliau sudah tidak boleh berjalan lagi. Kini, akulah yang dipertanggungjawabkan KASIH IBU
If you are the site owner, please renew your premium subscription or contact support.