KATA ALUAN
PENGETUA
Pada kesempatan ini ingin saya lafazkan rasa
kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana masih lagi diberi kesempatan untuk kita kembali bertugas pada tahun 2013 bagi meneruskan wadah perjuangan dalam bidang
pendidikan ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan “SALAM SATU
MALAYSIA” serta “SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BAHARU 2013” bersamaan tahun HIJRAH
1434 dengan penuh semangat serta iltizam
dengan hasrat bersama membangun anak bangsa kita menuju kecemerlangan Negara Bangsa melalui bidang keguruan
yang amat kita sanjungi.
Saya amat berharap dengan adanya
Buku Perancangan Kokurikulum Tahun 2013 semua guru dan staf SMK Bandar Sungai mempunyai garis panduan yang jelas dalam
melaksanakan semua aktiviti Kokurikulum sepanjang tahun 2013. Buku perancangan ini dihasilkan
berasaskan buku perancangan strategik
2011 - 2013.
Dalam menghadapi cabaran pendidikan dunia global yang begitu mencabar
adalah menjadi tanggungjawab semua
pendidik untuk mengambil sikap cakna
atas sebarang perubahan dalam dunia pendidikan. Guru yang berwibawa
ialah guru yang sentiasa peka pada persekitaran sejagat supaya dapat
menghasilkan golongan pelajar yang berkualiti dan dapat bersaing di persada
dunia dari segi keilmuan mahupun memenuhi pasaran kerja dalam
mahupun di luar negara.
Memandangkan peranan warga
sekolah khususnya guru begitu besar dalam
memenuhi aspirasi Falsafah
Pendidikan Kebangsaan bagi menghasilkan pelajar
berkualiti dan seimbang dari segi JERI , maka pihak Jabatan Pelajaran
Negeri Kedah telah membuka lembaran baru dengan memperkenalkan beberapa slogan
atau manifesto baharu untuk dilaksanakan
di peringkat negeri,daerah
dan sekolah. Antaranya, mulai tahun 2012
semua visi telah diselaraskan di peringkat Jabatan Pelajaran Negeri Kedah,
peringkat Pejabat Pelajaran Daerah dan di seluruh sekolah negeri
Kedah iaitu:
‘SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG’
Ini
bererti untuk mencapai sekolah unggul maka semua pihak dan warga sekolah
terutamanya para guru harus mempunyai
satu kriteria istimewa iaitu kuat bekerja, bersemangat mampan, berani
bersaing serta mahir dalam penguasaan ICT
serta peka kepada perubahan semasa demi menghasilkan generasi pelajar
yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam semua aspek yang diperlukan dalam
kehidupan. Selain penyelarasan dari segi visi,
pihak Jabatan Pelajaran Negeri Kedah juga telah membuat perjanjian MOU
dengan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia bahawa menjelang tahun 2015 Kedah
akan mencapai kejayaan cemerlang dalam akademik khususnya dalam pencapaian
peperiksaan AWAM iaitu :-
‘KEDAH AKAN MENJADI ANTARA
Lantaran itu , semua sekolah
diwajibkan menetapkan pengunjuran pencapaian akademik bagi setiap peperiksaan
gred purata sekolah ( GPS ) yang semestinya
mengatasi GPS Pejabat Pelajaran Daerah dan negeri supaya
impian menjadi ‘Top Five’
menjelang tahun 2015 dapat
direalisasikan.
Tanpa melupakan tugas utama guru sebagai pendidik , para guru
juga perlu mempunyai tahap dan
budaya kerja yang cemerlang. Oleh
itu, BUDAYA KERJA KELAS PERTAMA sebagaimana
Pelancaran Gerakan Budaya Kerja
Cemerlang pada 27 November 1989
akan menjadi amalan bagi warga
pendidik di SMK Bandar Sungai Petani yang merangkumi 7 prinsip utama iaitu Pantas
dan Positif, Empati, Relevan, Daya saing, Amanah, Adil dan Intergriti, Nilai Tambah dan
Kelainan serta Arif dan Berilmu.
Kemampanan kualiti para guru akan menjadi lebih berkesan dan menjadi pemangkin
kecemerlangan pendidikan dengan pengamalan budaya kerja X –
PLUS iaitu Excellence, Pengetahuan,
Latihan, Usaha dan
Semangat Berpasukan.
Memandangkan bahawa cabaran
pendidikan begitu tinggi bukan sahaja di peringkat negara tetapi juga di
peringkat antarabangsa pihak kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah
kepemimpinan Tan Sri Muhyuddin Yasin,
Menteri Pelajaran Malaysia telah merangka satu draf Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang
telah diperkenalkan secara rasmi November 2012 dan akan dilaksanakan
menjelang tahun 2013. Para guru dan pendidik seharusnya telah mengambil langkah
mendalami isi kandungan deraf Pelan
Pembangunan Pendidikan
1. Menyediakan
kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa
2. Memastikan setiap
murid profesion dalam bahasa
3. Melahirkan rakyat
4. Transformasi
keguruan sebagai profesion pilihan.
5. Memastikan pemimpin
berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
6. Mengupaya JPN,PPD
dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khususnya berasaskan keperluan.
7. Memanfaatkan ICT
bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di
8. Transformasi
kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.
9. Bekerjsama dengan ibu bapa, komuniti dan
sektor swasta secara meluas.
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap
murid
11. Meningkatkan
ketelusan akauntibilti awam
Akhir
kata, saya yakin semua warga SMK Bandar Sungai Petani akan memberikan komitmen
sepenuhnya kepada tugas masing-masing, khususnya dalam bidang akademik.
Penglibatan menyeluruh semua warga sekolah akan menjadikan SMKBSP berjaya di
persada dunia pendidikan. Saya mengucapkan
selamat menjalankan tugas kepada semua warga SMKBSP. Ucapan terima
kasih juga diberikan kepada Jawatankuasa
Penyediaan Buku Perancangan Kurikulum 2013 yang berjaya menyediakan buku ini.
Sekian. Terima kasih.
(HAFSAH BT. L. HUSSIN) ,
Pengetua
,
SMK
Bandar Sungai Petani ,
Sungai
Petani Kedah.
BIL | FOKUS | PROGRAM / PROJEK | | |
|
Pengurusan kokurikulum yang mantap dan terancang |
|
|
|
2.
|
Pengurusan sistem fail dan dokumentasi yang sistematik
|
|
|
|
3. |
Penilaian kokurikulum (10% kemasukan ke IPTA)
|
|
|
|
4. |
Kecemerlangan kokurikulum dan kejayaan pelajar
|
|
|
|
5
|
|
|
|
|
| | | | | | | | | | | |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
If you are the site owner, please renew your premium subscription or contact support.