LAMAN WEB RASMI
SMK BANDAR SUNGAI PETANI

Nobody Fails !!

SEJARAH SEKOLAH

          Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sungai Petani (SMKBSP) mula ditubuhkan pada tahun 1982 dengan namanya SMK Khir Johari 2. Pada peringkat awalnya sekolah ini menumpang dipremis SMK Khir Johari dengan jumlah pelajar seramai 377 orang dan 16 orang guru. Sekolah ini pada ketika itu diketuai oleh En. Sathiasalam sebagai Penyelia Petang. Pada tahun 1984 barulah sekolah ini mempunyai pengetua yang pertama iaitu En. Ahmad b Abdul.


                    Pada bulan September 1993, sekolah ini telah diberi imej sendiri dengan nama baru SMK Bandar Sungai Petani oleh Pengetua pada masa itu iaitu Tuan Haji Rosli bin Pin. Pada tahun 2002 sekolah ini mencatat sejarah penting apabila berpindah ke kompleks bangunan sendiri yang terletak di Jalan Pahlawan, Tasek Apong, Sungai Petani. Kini SMKBSP yang dikategori dalam sekolah Gred A mempunyai keluasan tanah berjumlah 12.8 ekar (5.18 hektar). Sekolah ini mempunyai 8 blok utama yang menempatkan :


Blok A : Pejabat dan Pusat Sumber Sekolah

Blok B : Bilik Guru, Kaunseling, Dewan Pahlawan dan Bilik Mesyuarat Anggerik

Blok C : Kelas

Blok D : Kelas

Blok E : Bilik Mesyuarat Kenanga, Cempaka dan SPBT

Bilik F : Makmal Sains, Makmal Komputer, Bilik Lukisan Kejuruteraan dan Bilik Seni

blok G : Makmal Kemahiran Hidup

Blok H : Makmal Teknologi Kejuruteraan


                       Sebuah kantin yang selesa turut dibina berhampiran dengan semua blok bangunan. Dataran ilmu yang digunakan untuk acara perhimpunan pula berada di lokasi yang strategik di antara blok C dan D. Sebuag surau yang luas turut dibina dengan nama "Surau Al Muttaqin" untuk kemudahan warga SMKBSP.


                     Pada hari ini SMKBSP mempunyai 2342 orang pelajar dan 143 rang guru tetap dan Guru GSTT seramai n9 orang. Pentadbiran sekolah ini dibantu oleh 12 orang staf, manakala kerja-kerja pembersihan dilaksanakan oleh 8 orang pekerja kontrak. Kini SMKBSP harus mengorak langkah untuk mencapai impian menjadi Sekolah Harapan Negara menjelang tahun 2012.


Oops! This site has expired.

If you are the site owner, please renew your premium subscription or contact support.