LAMAN WEB RASMI
SMK BANDAR SUNGAI PETANI

Nobody Fails !!

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.  

               Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya Jawatankuasa Penyelidikan dan Kolokium, Pengurusan Tingkatan Enam telah berjaya menerbitkan  Himpunan Kajian Tindakan / Penyelidikan Guru dan Kumpulan Mata Pelajaran Pelajar Pra-U .

Tahniah dan syabas kepada Pengurusan Tingkatan Enam, Sekolah Menengah Bandar Sungai Petani atas inisiatif menerbitkan  himpunan Kajian Tindakan dan Penyelidikan ini. 

Kajian tindakan dan penyelidikan  sebenarnya merupakan satu proses yang dilakukan untuk membuat perubahan atau penambahbaikan dalam pembelajaran dan pengajaran supaya dapat memperbaiki segala kelemahan serta dapat meningkatkan tahap pencapaian pelajar  ke tahap yang lebih baik.

Usaha menerbitkan kajian tindakan dan penyelidikan  ini  akan membolehkan para guru memahami kesan-kesan amalan pengajaran sebagai seorang  pendidik dalam  usaha untuk  membawa satu perubahan dan meningkatkan kualiti dalam  amalan pengajaran dan pembelajaran. 

Saya berharap kajian tindakan dan penyelidikan seperti ini harus dilakukan oleh semua guru dan ia juga harus dilakukan terus-menerus agar dapat membantu  para guru menghadapi cabaran dan masalah berhubung dengan amalan pembelajaran dan pengajaran di samping memperkembangkan kemahiran profesional guru, khususnya mengenal pasti teknik atau kaedah pembelajaran yang berkesan  secara bersama. 


Wallahu'alam


HJH HAFSAH BT L.HUSSIAN

Pengetua 

SMK Bandar Sungai Petani


Oops! This site has expired.

If you are the site owner, please renew your premium subscription or contact support.