LAMAN WEB RASMI
SMK BANDAR SUNGAI PETANI

Nobody Fails !!

WAHAI PENDIDIK, JASAMU KUKENANG SELAMANYA 

Karya: Anis Amirah bt. Zakria 5 Sains 1, 2012


Jika hari ini seorang raja gagah memerintah, Jika hari ini seorang perdana menteri petah berbicara, Jika hari ini seorang arkitek berlumba membina pencakar langit, Jika hari ini seorang ulama dengan merdunya mengalunkan zikir, Sejarahnya bermula dengan seorang pendidik, Yang tidak jemu mengajar erti tulis dan baca.

Itulah insan yang teristimewa dalam catatan diari setiap individu di dunia ini. Tidak kira keturunan, bangsa mahupun warna kulit, dialah yang menjadi penyuluh dunia, menerangi kegelapan galaksi dengan titisan-titisan ilmu yang bercahaya dari lautan pengetahuan. Seorang guru tidak pernah meminta untuk disanjung. Seorang guru tidak pernah meminta untuk dibayar atas ilmu yang dicurahkan bahkan di lubuk hati insan yang bergelar pendidik ini hanya tertulis secebis impian untuk melihat anak didiknya berjaya dalam kehidupan. Benarlah madah sasterawan dunia, Bertrend Russel bahawa manusia yang bahagia ialah manusia yang hidup untuk alam bukan untuk dirinya sendiri. Namun, sayang seribu kali sayang kerana muda-mudi pada era penglobalisasian dunia kontemporari sudah buta dengan budaya menghargai pendidik. Lihat sahaja di tabloid-tabloid glokal, terpampang izhar isu kebejatan moral pelajar, peras ugut terhadap guru dan propaganda yang bisa sahaja menghiris jiwa kecil sang pendeta ilmu. Ke mana hilangnya kasih mereka terhadap guru? Tidak wujudkah sekelumat pun rasa belas kasihan dan ingin menghargai bakti yang ditabur oleh golongan pendidik? Lantas, berhubung dengan kemelut tersebutlah, kerajaan telah mengambil langkah primer dalam menyemai kembali sikap menghormati guru dalam kalangan anak pelajar. Pelbagai kempen dan program telah dirancang dan dilaksanakan menerusi semua saluran yang sedia ada. Tamsilannya, Konsep Sekolah Penyayang yang hangat dilaksanakan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia kebelakangan ini berteraskan budaya kemesraan dan sayang-menyayangi dalam kalangan guru dan murid. Sebagai pelajar, saya juga tidak terkecuali dalam menunjukkan penghargaan terhadap kasih yang dicurahkan oleh guru. Hal ini kerana saya menganggap guru umpama insan yang bergharga lebih berjuta kalinya jika dibandingkan dengan permata nilam di lombong opal. Terdapat lebih daripada 1001 cara yang boleh diimplementasikan sebagai tanda penghargaan terhadap insan penggerak bangsa ini. Perkara pertama yang dapat saya lakukan adalah dengan menghormati guru ketika berada di sekolah mahupun di luar sesi persekolahan kerana sesungguhnya mereka umpama ibu bapa kepada kita. Jika jarum jam diputar kembali sedekad yang lalu, masih jelas di ranting kenangan, terlihat di bawah sebuah pondok usang ada insan yang mengajarkan agama kepada anak kecil. Insan tersebutlah yang mengajar cara mengenal Yang Maha Esa serta kekasih yang dicintai-Nya. Ya benar, guru bukan sahaja mengajar kita ilmu keduniaan malah mengajar kita mengenal Tuhan. Oleh itu, saya tidak akan sesekali mengingkari perintah-Nya dan senantiasa menjaga


hati guru. Suara juga perlu direndahkan saat berhadapan dengan mereka dan layanan mesra akan saya praktiskan terhadap mereka sama seperti layanan terhadap ibu bapa di rumah. Masih terngiang-ngiang di gegendang telinga pesan junjungan besar, Rasulullah S.A.W tentang memuliakan guru. Sabda baginda, “Pelajarilah ilmu pengetahuan dan pelajarilah ilmu itu dengan ketenangan jiwa dan kerendahan diri. Rendahkanlah dirimu terhadap orang yang mengajar kamu.” Diriwayatkan oleh Abu Hurairah. Jelaslah menghormati guru merupakan satu perkara yang ditekankan sewaktu menuntut ilmu. Tambahan pula, saya akan bersiap sedia untuk membantu guru apabila diperlukan. Saya boleh menolong guru-guru dengan mengangkat buku-buku mereka atau apa sahaja jenis bantuan yang dapat meringankan beban mereka. Apabila sikap ringan tulang itu diadunkan dengan cahaya keikhlasan dari hati, pasti pertolongan yang dihulurkan dapat membuat guru berasa dihargai. Melalui pertolongan yang dihulurkan, kita sekurang-kurangnya dapat membalas jasa guru yang mengasuh dan membentuk kita selama ini. Malahan, Saidina Ali r.a pernah berkata, “Sesiapa yang mengajar aku satu huruf, maka jadilah aku hamba kepadanya”. Oleh hal yang demikian, saya tidak akan lokek membantu guru kerana sikap ringan tulang membawa berkat. Di samping itu, saya akan menghargai kasih sayang guru dengan belajar bersungguh-sungguh. Pujangga pernah berkata, tuntutlah ilmu sampai ke negeri China. Hal ini menggambarkan betapa pentingnya kita menuntut ilmu dalam kehidupan. Maka perhatian sepenuhnya akan saya berikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Janganlah sesekali menimbulkan kesumat marah di hati guru dengan melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya seperti membuat bising sehingga mengganggu proses pembelajaran. Hal ini kerana waktu guru mengajar adalah waktu yang paling mujarab untuk penyerapan ilmu ke dalam sel-sel memori otak. Selain itu, segala latihan dan ulangkaji juga akan saya tingkatkan kerana guru pernah berpesan bawaha usaha itu tangga kejayaan. Pastinya terdetik di ruang kecil hati seorang guru untuk melihat anak bangsanya berjaya. Lihat sahaja senyuman yang terukir manis di bibirnya saat melihat keputusan cemerlang pelajar yang telah diasuhnya sekian lama. Tidakkah itu membahagiakan insan yang bernama pendidik? Sasterawan Barat, Bacon pernah berkata bahawa ketinggian ilmu seseorang tidak dapat diukur dengan pita, melainkan dipergunakan. Oleh itu saya akan terus mengamalkan ilmu yang diajar oleh guru dalam kamus kehidupan saya pada masa hadapan kelak. Saya sentiasa percaya bahawa ilmu yang diperoleh daripada guru akan menjadi panduan hidup sekiranya diamalkan secara berterusan, bukan sekadar habis pada musim peperiksaan. Ajaran Islam pernah menyebutkan, apabila meninggal seseorang anak Adam itu, maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara. Salah satu daripadanya merupakan ilmu yang diamalkan oleh orang lain. Hal ini bukan sahaja dapat memberi kegembiraan buat guru di mayapada, bahkan juga di alam barzakh. Penghargaan terhadap guru juga boleh ditunjukkan


dengan memberi mereka hadiah sebagai tanda kasih sayang pada hari-hari istimewa seperti Hari Guru. Sebenarnya, tidak perlu menunggu Hari Guru untuk menzahirkan tanda terima kasih terhadap guru. Sebagai pelajar, kita juga boleh meraikan hari lahir atau Hari Ibu dan Hari Bapa bersama mereka. Namun begitu, konsep pemberian hadiah terhadap guru sering disalahertikan kerana ada yang berpendapat bahawa untuk menunjukkan penghargaan terhadap guru, hadiah yang mahal mestilah diberikan. Tidak salah untuk memberi cenderahati yang eksklusif. Walau bagaimanapun, pemberian yang ikhlas adalah pemberian yang paling bermakna buat guru. Terimbas kembali plot sebuah cerpen yang mengisahkan seorang guru itu menangis teresak-esak apabila mendapat hadiah berupa ulam pucuk gajus daripada seorang pelajarnya yang miskin akibat rasa terharu akan penghargaan yang ditunjukkan oleh pelajarnya itu. Kalbu mana yang tidak akan tersentuh sekiranya diberi penghargaan sedemikian oleh anak bangsa tercinta.


Lebih baik lagi, saya akan selalu menziarahi guru sama ada di sekolah mahupn di rumahnya terutama setelah tamat persekolahan nanti ataupun setelah mereka bersara. Sikap sebegini pastinya membuat guru berasa lebih dihargai daripada saat kita melawat mereka ketika terlantar gering di wad-wad hospital. Saya juga dapat mengikuti perkembangan guru yang saya sayangi walaupun setelah meninggalkan alam persekolahan. Melalui inisiatif ini, ukhuwah antara guru dan pelajar akan terjalin dengan lebih erat dan bibit-bibit kemesraan yang harmonis dapat disemai. Akhir sekali, saya akan sentiasa mendoakan keselamatan dan kesejahteraan guru tidak kira di mana dia berada. Curilah sedikit waktu untuk memohon kepada-Nya agar terus melimpahkan rezeki kepada guru


yang terlalu banyak berbakti kepada warga dunia. Saya ingin sekali memohon maaf kepada guru-guru atas kesalahan yang telah saya lakukan sama ada secara sedar atau tidak. Hal ini disebabkan ilmu yang berkat itu datangnya daripada keredhaan seorang guru. Meskipun seorang guru tidak pernah meminta untuk diberikan sebuah mahligai yang gah dan kilauan intan permata untuk dirinya, namun kita sebagai pelajar perlu senantiasa mempamerkan rasa hormat dan cinta akan guru. Oleh hal yang demikian, janganlah lokek untuk membalas jasa mereka. Sebaliknya, marilah kita sama- sama melaungkan ungkapan “Kami sayang cikgu!” dan biarlah seantero dunia tahu betapa berharganya kita dianugerahkan seorang pendidik. Jika setiap anak didik di muka bumi ini mengukirkan penghargaan terhadap guru mereka, saya percaya gurulah insan yang paling gembira di alam ini. Sebagai penghias bicara akhir, izinkan saya mencoretkan sebuah sajak lambang tanda terima kasih saya buat cikgu.

Masamu kau korbankan demi anak bangsa tercinta, Lelahmu terpancar gemerlapannya dengan sinar pengetahuan, Hayatmu terisi dengan mendidik mengasuh permata negara, Misimu tetap utuh, Mengisi piala kemenangan anak pelajar hingga ke menara gading.


Duhai guru, dengarlah... Akan kami bangkit perjuangkan ilmu, Akan kami tawan puncak angkasa, Akan kami semat jasamu dalam sanubari, Akan kami perdengarkan kisahmu kepada bangsa sekelian alam.






AWESOMEST  5  SCIENCE  1 

(Allef  Elfi  Danial)

Dusty  and  dustier.  That's  my  first  impression  when  I entered  5Sc1  class  and  sighing  endlessly  definitely  won't cleanse  the  room.  Ignoring  the  mounds  of  trash  at...  oh  I don't  know,  EVERYWHERE,  I  walked  to  my  place  and  sat down.  Took  a  glance  at  my  desk,  MEGA  DUSTY!  Stupidly, I  blowed  at  my  desk  causing  a  tornado  of  dust  to  rise  and nearly  choke  me  to  death.  Others  were  already  walking into  the  classroom.  They  did  what  other  'clever'  science students  would  do,  sighing  endlessly.  Oh,  we're  champions at  sighing  I  tell  you.  Some  looked  left  and  right  as  if  their were  expecting  someone  to  clear  the  rubbish  for  them. The  person  sitting  next  to  me  didn't  come  yet  so  without looking  around,  I  gathered  all  the  trash  under  my  desk and  stuffed  them  into  his.  There,  all  done.  I  glanced  aside and  saw  Taufiq  looking  at  me,  eyes  wide  open.  I  mouthed 'Mind  your  own  business'  and  looked  away.  I  didn't  mean to  be  rude  because  he's  such  a  nice  person  but  time  calls for  desperate  measures.  Amirul  came  in,  and  FYI,  he's  the person  sitting  next  to  me,  owner  of  the  desk  which  I  had just  pilfered.  He  sat  at  his  place  and  groaned  heavily when he wanted to put his books in his desk and saw the amount of trash blocking the  entrance.  It  pains  me  to  do  such  thing to  my  best  friend  so  should  I  told  him  the  truth?...  Heh, I'll  get  over  it. Anis  Amirah  and  Syifaa,  two  girls  sitting  in  front  of  me turned  around  and  told  me  something  that  nearly  cause  an accident  in  my  pants.  Spot-checks!  Others  were  still  calm and  seemed  oblivious  of  the  news.  Immediately  I  knew what  to  do.  I  stood  up  and  screamed  'SPOT-CHECKS!!!' as  loud  as  I  could.  Luckily,  the  teacher  wasn't  in  yet.  In a  flash,  everybody  was  gathering  their  forbidden  things such  as  liquid  papers,  marker  pens,  the  girls  fumbling  out the  ridiculous  make-ups  thingy  and  some  even  took  out hand-phones  and  MP3s.  It  was  apocalypse.  I  was  happy seeing  the  pandemonium  I  started.  I  didn't  bring  anything forbidden  so  it  was  kind  of  fun  to  see  others  in  misery. Evil?  Yes!  Atiqah  and  Hanis  came  to  me  and  begged  for my  help.  Though  I'm  devilish,  I  still  have  a  soft  spot  for weak  mortals  which  are  girls.  So  I  took  their  phones  and stashed  them  in  my  blazer  pockets.  I  walked  out  of  the class,  feeling  vigilant  as  if  I'm  carrying  a  bomb.  I  went  to my  father's  place  and  put  the  phones  there,  ignoring  his strong  protests  and  returned  to  the  class.  I  know  he  won't turn  me  in.  Why?  Because  he's  my  father,  duhh...  Anyway, the  chaos  still  hasn't  calmed  down  and  students  dashed around,  desperately  trying  to  hide  their  shares  of  forbidden things.  They  didn't  ask  for  my  help,  so  it's  their  own problem  to  handle.  I  sat  and  enjoyed  the  view.  I  saw  Fatin and  Balqis  wrapping  their  things  in  the  curtains,  taping them  in  place  with  cellophane  tapes.  Meanwhile,  Shafiq and  Fazrul  stashed  theirs  on  the  suspended  slide projector.  Clever?  Well,  what  do  you  expect  from  us? Finally,  everyone  calmed  down  and  began  their  usual morning  gossips.  The  class  was  unattended  by  teachers until  recess  and  we're  wondering  where  they've  gone.  As the  recess  bell  rang,  some  went  down  to  the  canteen while  some  stayed  not  for  diets  but  because  they  were  too lazy  to  go  down.  Take  note,  cleverness  doesn't  ensure your  diligence.  For  me,  recess  time  is  a  visiting  time.  I

strolled  to  the  class  next  door  and  went  straight  into  a wrestling  match.  Two  guys  from  my  class,  Hafiz  and  Mad were  struggling  on  the  floor  surrounded  by  mobs  of supporters.  At  first  I  thought  they  were  fighting  for  real,  but that's  kind  of  impossible  because  they  are  like  BFFs  but then  I  found  out  that  the  fight  was  actually  an  'exercise'. My  eyebrows  rose  automatically  upon  hearing  this ridiculous  statement.  An  exercise  on  the  filthy  floor?  Oh yeah,  we're  great  on  hygiene  issues  here.  Anyway,  I wasted  my  time  watching  them  try  to  break  each  other's bones.  Unfortunately,  both  of  them  only  got  minor  scratches. The  bell  rang,  indicating  that  the  recess  is  over,  as  I entered  my  class,  Aimi  Dzakirah  and  Najla  approached me,  arms  on  their  hip  and  said  that  haven't  been  any spot-checks  done.  I  was  kind  of  surprised  that  they  blamed me.  Still,  it  broke  the  monotony.  5Sc1  went  on unsupervised  with  no  teachers  coming  in  after  recess.  We had  a  wonderful  time,  chatting  and  partying  (literally)  like crazies.  Special  treat  like  this  doesn't  come  everyday.  At precisely  12.30p.m  in  the  afternoon,  a  godlike  explosion shook  the  school  and  caused  Wafiy  to  spill  his  water bottle  and  Faiz  to  punch  Nurislam  in  the  face. Immediately,  it  (the  explosion)  caused  an  uproar.  Wafiy stared  at  his  ruined  pants  in  dismay  while  Nurislam  has created  a  new  dictionary  of  bad  words  and  curses.  Faiz however  had  no  qualms  in  apologizing  and  went  straight ahead  outside  to  see  the  source  of  explosion.  Aisyah,  the new  girl  scowled  in  fury  as  her  concentration  in  doing Additional  Mathematics  exercise  (seriously???)  was  bro- ken.  Azim,  on  the  other  hand  did  nothing  but  say  passive and  unmoving  like  nothing  has  happened.  We  all  had agreed  to  ignore  his  behavior.  Faez  and  Ashraf  Ali  went on  discussing  about  a  new  game  as  if  they  were  deaf. Husnina,  Atikah  and  Diana  also  acted  oblivious  to  the explosion.  Then,  someone  shouted  that  the  Form  3  block was  on  fire.  Full  of  enthusiasm  and  extremely  excited,  I ran  outside.  Smoke  was  billowing  out  from  one  of  the classes.  Students  were  running  like  hell,  shouting  for  help and  some  even  acted  like  they  were  on  fire.  Morons.  Even the  teachers,  who  were  supposed  to  show  calmness  and maturity,  ran  around,  heating  up  the  chaos.  We  laughed and  jeered  at  them.  Yeah,  some  helpers  we  are.  I  went back  into  the  class,  quite  disappointed  that  everyone  was safe.  Call  me  Mr.  Skeptical,  I  don't  care. At  1.20p.m.,  the  bell  rang  (again)  and  we  piled  out, feeling  eager  to  escape  from  the  boredom  of  schooling. Laughter  and  joy  filled  the  air  as  smelly  seniors  rushed downstairs  alongside  with  stressed  juniors.  As  I  reached the  stairs,  it  was  blocked  with  a  mob  of  students.  I  feel lazy  to  take  the  other  stairs  so  I  waited,  scaling  down slowly.  Impatient  seniors  began  to  sound  their  discomfort while  petite  juniors  preferred  to  ignore  them.  Feeling sentimental,  I  look  at  the  view  and  inhaled  deeply.  Bad idea.  I  forgot  I  was  still  standing  on  the  stairway, surrounded  by  smelly  mortals.  My  eyes  began  to  water and  Amirul  looked  strangely  at  me,  wondering  if  I  was crying,  which  I  was  not.  At  last  (thank  God!),  we  managed to  escape  from  the  exodus.  I  walked  straight  out  without looking  back.  For  me,  school  is  not  a  place  I  should spend  more  time.  It  drives  me  crazy.  How  about  you?

127

The  part  played  by  money  in  our  everyday  life  is  very  important  indeed.  We  need  money  to  buy  food  and  to  pay  our bills.  In  this  modern  world,  most  of  the  things  that  we  want,  material  or  ortherwise,  can  be  obtained  in  exchange  for money.  Without  money,  one's  life  can  become  a  misery.

It  is  thus  not  surprising  to  find  that  many  people  place  money  making  as  their  top  priority  in  life.  This  attitude  is  fine as  long  as  they  remember  that  there  are  other  facets  of  life  in  which  money  is  not  required.  Quite  often  money  cannot buy  these  things  at  all.  Take  for  example,  one's  health;  money  can  buy  the  best  medical  care  available,  but  if  free  basic attention  has  not  been  paid  tone;s  health  which  is  allowed  to  deteriorate,  there  will  come  a  time  when  no  money  in the  world  can  return  one  to  good  health.  One,  for  one,  prefer  to  be  healthy  than  rich.

Nevertheless  we  do  need  money.  So  it  is  wise  for  every  able-bodied  person  to  do  some  sort  of  work  so  that  he  or she  can  be  paid  for  the  work  done.  Subsequently,  he  or  she  can  spend  the  money  buying  necessary  things.

I  suppose  that  the  work-in  exchange  for  money  practice  works  well  in  general.  However,  for  some  people,  the  lure  of money  becomes  overhelming.  Greed  blinds  them  and  they  spend  their  whole  life  pursuing  money.  The  methods employed  in  this  pursuit  are  not  subject  to  any  law  or  reasons.  As  long  as  they  make  profit,  they  will  do  it  even  though they  might  hurt  themselves  and  make  enemies  in  the  process.  Time  and  again  we  hear  stories  of  people  caught  up with  this  money - madness.  The  millionaire  who  dies  of  starvation,  the miser  who  would  rather  freeze  than  spend  some money  on  heating,  the  woman  stuffs  her  money  inside  her  mattresses  only  to  lose  it  all  in  a  fire - the  list  is  endless. All  these  are  examples  of  people  who  have  allowed  money  to  be  the  most  important  thing  in  their  lives.  They  started out  trying  to  make  a  living.  They  ended  up  forgetting  to  live.

Most  people  that  I  have  meet  lament  about  money,  or  rather,  the  lack  of  it.  They  are  always  unsettled  bill  to  pay.  It seems  to  me  that  this  situation  occurs  because  these  people  are  always  living  beyond  their  means.  They  must  buy another  car,  another  house,  a  larger  TV  set  and  the  latest  cell  phone.  To  remain  in  debt  become  the  vogue.  Keeping up  with  die  society  is  a  ver  real  social  disease  of  our  times.  It  keeps  the  people  slogging  all  their  lives.  It  keeps  the banks  and  manufactures  happy.

Then  there  are  people  who  want  but  indulge  in  foul  means  to  acquire  it.  We  have  conmen,  thieves,  kidnappers  and gangsters  operating  in  the  midst  of  society.  Sometimes  these  felons  are  cought  and  punished,  but  they  will  never  be eliminated  completely.  This  is  because  our  very  societal  structure  produces  these  criminals.  We  are  all  thought  from young  to  pursue  money.  We  grow  up  feeling  that  we  must  have  money,  and  how  shamefulit  is  to  be  poor.  So,  we  learnt make  money.  Some  of  us  learn  skills  and  knowledge-thus  enabling  them  to  make  money  honestly.  Some  of  us,  either due  to  alack  of  ability  or  unforeseen  circumstances,  employ  socially  unacceptable  means  of  accumulating  money.

In  conclusion,  I  would  say  that  virtually  every  adult  is  after  money-making  in  some  form  or  the  other,  be  it  earning  an honest  living  or  getting  money  from  the  point  of  a  gun,  it  is  the  degree  of  the  social  acceptability  of  effort  that  is  exerted to  obtain  money  that  varies  from  person  to  person.  Each  person  has  his  or  her  choice  to  make  and  use  money  wisely, or  let  money  become  his  master.

Amirah  Farhani  bt.  Abd.  Fakar 4SC2


TEACHER


Teacher... You  come  to  us, To  teach  us  so  that  we  can  gain  knowledge, You  never  know  the  meaning  of  worn  out, Though  we  always  play  around  with  your  feelings, Yet,  you  still  patiently  teaching  us.


Teacher... Even  with  our  bad  behaviour, You  are  always  tolerant  and  concerned  about  our education, We  will  never  know  how  tired  you  are, Yet  you  still  have  the  will  to  teach  us  over  and  over again, Until  we  understand  what  you’ve  been  teaching.


Teacher... Without  you,  who  are  we? We  realize  our  bad  behaviour, You  are  the  key  to  our  success  after  our  parents, Thank  you  for  all  of  your  efforts  to  give  us  knowledge, So  that  we  can  excel  in  the  future.

Teacher... We  would  like  to  apologize  for  all  our  mistakes, Legacy  that  we  can’t  pay  with  cash, But...  to  repay  back  your  kindness, We  promise  we’ll  study  hard, And  achieve  excellent  results  with  flying  colours, Hoping  that  God  will  guide  us  towards  success.


Thank  you  teacher! And  we  wish  you  a  very  Happy  Teacher’s  Day, We’ll  remember  all  the  kindness  of  yours  till  the  rest  of our  life!

Muhammad  Azizi  &  Syafiq  Kahardy from  4SC2


 

Oops! This site has expired.

If you are the site owner, please renew your premium subscription or contact support.