LAMAN WEB RASMI
SMK BANDAR SUNGAI PETANI

Nobody Fails !!


KATA  ALUAN  PENGETUA 

Pada  kesempatan ini ingin saya lafazkan rasa kesyukuran   ke hadrat Allah S.W.T  kerana masih lagi diberi  kesempatan untuk kita kembali bertugas  pada tahun 2013  bagi meneruskan wadah perjuangan dalam bidang pendidikan ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan “SALAM SATU MALAYSIA” serta “SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BAHARU 2013” bersamaan tahun HIJRAH 1434  dengan penuh semangat serta iltizam dengan hasrat bersama membangun anak bangsa kita menuju kecemerlangan Negara Bangsa melalui bidang keguruan yang amat kita sanjungi.

 

                Saya amat berharap dengan adanya Buku Perancangan Kokurikulum Tahun 2013 semua guru dan staf  SMK Bandar Sungai  mempunyai garis panduan yang jelas dalam melaksanakan semua aktiviti Kokurikulum sepanjang tahun  2013. Buku perancangan ini dihasilkan berasaskan buku perancangan strategik  2011 - 2013.

 

                Dalam menghadapi cabaran  pendidikan dunia global yang begitu mencabar adalah menjadi tanggungjawab  semua pendidik untuk mengambil sikap cakna  atas sebarang perubahan dalam dunia pendidikan. Guru yang berwibawa ialah guru yang sentiasa peka pada persekitaran sejagat supaya dapat menghasilkan golongan pelajar yang berkualiti dan dapat bersaing di persada dunia dari segi keilmuan mahupun memenuhi pasaran kerja  dalam  mahupun di luar negara.

 

                Memandangkan peranan warga sekolah khususnya guru begitu besar dalam  memenuhi aspirasi  Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi menghasilkan pelajar  berkualiti dan seimbang dari segi JERI , maka pihak Jabatan Pelajaran Negeri Kedah telah membuka lembaran baru dengan memperkenalkan beberapa slogan atau manifesto baharu untuk dilaksanakan  di peringkat  negeri,daerah dan  sekolah. Antaranya, mulai tahun 2012 semua visi telah diselaraskan di peringkat Jabatan Pelajaran Negeri Kedah, peringkat Pejabat Pelajaran Daerah dan di seluruh sekolah  negeri  Kedah iaitu:

SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG’

 

Ini bererti untuk mencapai sekolah unggul maka semua pihak dan warga sekolah terutamanya para guru harus mempunyai  satu kriteria istimewa iaitu kuat bekerja, bersemangat mampan, berani bersaing serta mahir dalam penguasaan ICT  serta peka kepada perubahan semasa demi menghasilkan generasi pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam semua aspek yang diperlukan dalam kehidupan. Selain penyelarasan dari segi visi,  pihak Jabatan Pelajaran Negeri Kedah juga telah membuat perjanjian MOU dengan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia bahawa menjelang tahun 2015 Kedah akan mencapai kejayaan cemerlang dalam akademik khususnya dalam pencapaian peperiksaan AWAM  iaitu :-

‘KEDAH AKAN MENJADI ANTARA LIMA BUAH  NEGERI DI MALAYSIA MENCAPAI ‘TOP FIVE’ MENJELANG TAHUN 2015’

 

                Lantaran itu , semua sekolah diwajibkan menetapkan pengunjuran pencapaian akademik bagi setiap peperiksaan gred purata sekolah ( GPS ) yang semestinya  mengatasi  GPS  Pejabat Pelajaran Daerah dan  negeri supaya  impian menjadi  ‘Top Five’ menjelang  tahun 2015  dapat  direalisasikan.

                Tanpa  melupakan tugas utama  guru sebagai pendidik , para  guru  juga perlu mempunyai  tahap dan budaya  kerja yang cemerlang. Oleh itu,  BUDAYA KERJA KELAS PERTAMA  sebagaimana  Pelancaran  Gerakan Budaya  Kerja  Cemerlang pada  27  November 1989  akan menjadi amalan bagi  warga pendidik di SMK Bandar Sungai Petani yang merangkumi 7 prinsip utama iaitu Pantas dan Positif, Empati, Relevan, Daya saing, Amanah,  Adil dan Intergriti, Nilai Tambah dan Kelainan serta Arif  dan Berilmu. Kemampanan kualiti para guru akan menjadi lebih berkesan dan menjadi pemangkin kecemerlangan pendidikan dengan pengamalan budaya kerja  X – PLUS iaitu  Excellence,  Pengetahuan,  Latihan,  Usaha  dan  Semangat  Berpasukan.

                Memandangkan bahawa cabaran pendidikan begitu tinggi bukan sahaja di peringkat negara tetapi juga di peringkat antarabangsa pihak kerajaan Malaysia khususnya  Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah kepemimpinan Tan Sri Muhyuddin Yasin,  Menteri Pelajaran Malaysia telah merangka satu  draf Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia  (PPPM) yang  telah diperkenalkan secara rasmi November 2012 dan akan dilaksanakan menjelang tahun 2013. Para guru dan pendidik seharusnya telah mengambil langkah mendalami isi kandungan deraf  Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. PPPM  merupakan KPI transformasi pendidikan hasil kajian pendidikan yang mendapati negara Malaysia masih terkebelakang dari segi pencapaian akademik berbanding negara lain di dunia malah berada di bawah tahap pencapaian negara-negara Asia Tenggara lain seperti Singapura,Thailand, Filipina khususnya dalam subjek sains, matematik dan Bahasa Inggeris. Kajian TIMSS dan PISA  menunjukkkan bahawa ROI  (Return 0n Investment) Malaysia amat mengecewakan iaitu  pelaburan besar bagi pendidikan yang dibuat oleh Kerajaan Malaysia memberi pulangan kecil dari segi peningkatan prestasi pendidikan.Bagi tujuan itu  transformasi pendidikan ini diperkenalkan kepada 3 gelombang perubahan yang merangkumi Gelombang 1 dilaksanakan di antara tahun 2013 hingga 2015, Gelombang 2 dari tahun 2016 hingga 2020 dan gelombang 3 antara  tahun 2021 hingga 2025. Ketiga-tiga gelombang ini mencakupi semua aspek pendidikan dan merangkumi 11 anjakan iaitu:-

 

1.       Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa

2.       Memastikan setiap murid profesion dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.

3.       Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.

4.       Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.

5.       Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.

6.       Mengupaya JPN,PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khususnya berasaskan keperluan.

7.       Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.

8.       Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.

9.        Bekerjsama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.

10.     Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap murid

11.    Meningkatkan ketelusan akauntibilti awam

 

Akhir kata, saya yakin semua warga SMK Bandar Sungai Petani akan memberikan komitmen sepenuhnya kepada tugas masing-masing, khususnya dalam bidang akademik. Penglibatan menyeluruh semua warga sekolah akan menjadikan SMKBSP berjaya di persada dunia pendidikan. Saya mengucapkan  selamat menjalankan tugas kepada semua warga SMKBSP. Ucapan terima kasih  juga diberikan kepada Jawatankuasa Penyediaan Buku Perancangan Kurikulum 2013 yang berjaya menyediakan buku ini.

 

Sekian. Terima kasih.

(HAFSAH BT. L. HUSSIN) ,

Pengetua ,

SMK Bandar Sungai Petani ,

Sungai Petani Kedah.

 

FOKUS KOKURIKULUM
SMK BANDAR SUNGAI PETANI

 
BIL  

FOKUS
PROGRAM / PROJEK
 
 

1.

 

Pengurusan kokurikulum yang mantap dan terancang


  •  Semua aktiviti / program kokurikulum berjalan lancar dan jayanya mengikut perancangan tahunan2013. 
  • Maklumat tentang perjalanan aktiviti kokurikulum disampaikan dengan jelas kepada semua guru dan pelajar dari masa ka masa.
 
 
          2.
Pengurusan sistem fail dan dokumentasi yang sistematik 
  • Semua fail / rekod kokurikulum sentiasa dilengkapkan dan disimpam rapi.
  • Laporan aktiviti sepanjang tahun sentiasa dikemaskini untuk dijadikan bahan rujukan.
  • Kemudahan akses maklumat / data kokurikulum pelajar
 
 
          3.
  Penilaian kokurikulum (10% kemasukan ke IPTA)
  • Meningkatkan peratus markah pelajar dalam ketiga-tiga kegiatan kokurikulum iaitu badan beruniform, kelab permainan / sukan dan persatuan / kelab akademik dan bukan akademik.
  • Meningkatkan prestasi penilaian kokurikulum pelajar iaitu melebihi 30% mendapat gred A dan B.
 
 
  4.
  Kecemerlangan kokurikulum dan kejayaan pelajar
  • Meningkatkan penyertaan dalam semua aktiviti di peringkat luar sekolah yang dianjurkan oleh PPD, JPN, KPM dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dalam bidang sukan, badan beruniform dan ko-akademik.
  • Mencapai lebih banyak kemenangan di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
  • Melahirkan atlet-atlet yang cemerlang dalam kriket, skuasy, dan olahraga.
 
 
           5
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Oops! This site has expired.

If you are the site owner, please renew your premium subscription or contact support.