LAMAN WEB RASMI
SMK BANDAR SUNGAI PETANI

Nobody Fails !!

BERITA SEKOLAH

PSS SMKBSP JOHAN PSS CEMERLANG NEGERI KEDAH

Posted by Admin on July 7, 2013 at 6:05 AM

PSS SMKBSP Johan PSS Cemerlang Negeri Kedah 2013



 

Pusat Sumber Sekolah SMKBSP telah dinobatkan menjadi johan PSS cemerlang peringkat Negeri Kedah sekaligus melayakkan SMKBSP mewakili Negeri Kedah dalam pertandingan PSS cemerlang peringkat Kebangsaan. Gandingan padu Pusat Sumber Sekolah dan guru-guru serta PIBG SMKBSP telah berjaya melonjakkan nama sekolah melalui naik taraf prasarana terutama bahagian Pusat Sumber Sekolah serta tumpuan khusus diberikan kepada semua pelajar dalam memaksimumkan penggunaan pusat sumber sekolah serta kepelbagaian kemudahan disediakan bagi kegunaan para pelajar.

 

Dalam merialisasikan impian serta visi sekolah dan tidak ketinggalan dalam melaksanakan sarana ibubapa serta sarana sekolah pihak PIBG serta juga YDP PIBG berganding bahu dengan pihak PSS sekolah dalam membekalkan kemudahan seperti monitor komputer di sudut internet, kerusi di bilik Perpustakaan Tun Sri Lanang, menaik taraf bilik tayangan menjadi auditorium dengan televisyen yang bersais besar serta memperbaiki bunyi melalui sistem “home theatre” dan juga beberapa komputer baru disediakan untuk penggunaan PSS dan juga PSS tingkatan 6 dan beberapa lagi penambahbaikan yang dibuat yang telah melayakkan SMKBSP menjadi johan di peringkat negeri pada kali ini.



 

Majlis penyerahan trofi serta sijil pencapaian telah disempurnakan di Jabatan Pendidikan Negeri Kedah di Alor Setar pada 7hb Julai 2013 dengan kehadiran Tuan Pengarah Pendidikan Negeri Kedah, Encik Mansor Bin Lat dan mewakili SMKBSP dalam upacara ini ialah Tuan Pengetua Puan Hajjah Hafsah Bt Lebai Husin, guru PSS En. Asrul Khushairi Bin Ahmad serta YDP PIBG Tuan Haji Yahaya Ahmad. Johan juga menerima geran bernilai RM2,500-00 . Dalam pertandingan ini Naib Johan telah dimenangi oleh SMK Amanjaya manakala tempat ke-3 dimenangi oleh SMK Bukit Kayu Hitam.



 

Bagi kategori sekolah rendah pula telah dimenangi oleh Sekolah Kebangsaan Penghulu Ahmad Langkawi manakala tempat ke-2 dimenangi oleh Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra. Johan bagi kategori sekolah rendah juga menerima geran bernilai RM2,500-00. Johan bagi kedua-dua kategori ini telah dipilih untuk mewakili Negeri Kedah ke pertandingan PSS cemerlang peringkat kebangsaan.

 

Pada majlis tersebut juga para jemputan telah disajikan dengan persembahan bercerita oleh adik Anis Syamila Binti Nazri umur 12 tahun dari SK Jalan Pegawai yang telah menjadi johan Pertandingan Bercerita Dari Al Quran peringkat kebangsaan pada Majlis Tilawah Al Quran Sekolah-sekolah Kemeterian Pendidikan Malaysia. Pada majlis tilawah tersebut juga adik Wiam binti Ahmad Sayuti dari SMK Taman Jelutung telah menerima anugerah apabila menjadi johan



Dalam majlis tersebut juga ramai pelajar pendidikan khas yang telah berjaya mengharumkan nama Negeri Kedah dalam sukan olahraga turut diraikan dengan anugerah. Antara anugerah lain yang diberikan adalah bagi acara sukan ialah kejohanan Sukan Antara Sekolah-sekolah Agama. Pemenang bagi Festival Nasyid Sekolah-sekolah Peringkat Kebangsaan yang telah dimenangi oleh SBP Integrasi Kubang Pasu turut menerima anugerah pada majlis tersebut.

 

TAHNIAH PSS SMKBSP

 

Categories: None

Post a Comment

Oops!

Oops, you forgot something.

Oops!

The words you entered did not match the given text. Please try again.

Already a member? Sign In

0 Comments

Oops! This site has expired.

If you are the site owner, please renew your premium subscription or contact support.