LAMAN WEB RASMI
SMK BANDAR SUNGAI PETANI

Nobody Fails !!

BERITA SEKOLAH

view:  full / summary

Pengumuman Terbaru - PENILAIAN PSS CEMERLANG NEGERI KEDAH 2016

Posted by Admin on May 9, 2016 at 2:40 AM Comments comments (1)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.. Sila ambil perhatian, pada hari Selasa(10/5/2016) akan ada penilaian untuk Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang Peringkat Negeri Kedah bagi tahun 2016. Harapan SMKBSP semoga pelajar-pelajar dapat menjaga akhlak serta menunjukkan keperibadian yang baik kepada jemputan serta panel-panel penilai.

BENGKEL PEMANTAPAN KUALITI PENGURUSAN PSS CEMERLANG DAERAH KMY 2016

Posted by Admin on May 1, 2016 at 5:10 AM Comments comments (0)

Bengkel Pemantapan Kualiti Pengurusan PSS Cemerlang Daerah KMY 2016 akan diadakan pada 03 Mei 2016 sebagai memantapkan pengurusan pss untuk ke pertandingan PSS Cemerlang Peringkat Negeri Kedah bagi tahun 2016. Semoga berjaya...8)8)

Lawatan Penanda Aras ke SMK Kulim Hi-Tech

Posted by Admin on April 12, 2016 at 5:30 AM Comments comments (0)

Warga SMKBSP akan mengadakan Lawatan Penanda Aras ke SMK Kulim Hi-Tech, Kulim, Kedah pada 28 April 2016 . Rombongan akan berkumpul di perkarangan SMKBSP dan akan mula bertolak jam 08:00 pagi.

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS PSS 2016

Posted by Admin on March 15, 2016 at 5:25 AM Comments comments (0)

Kem Kepimpinan Pengawas PSS SMKBSP untuk tahun 2016 akan diadakan pada 28 - 29 April 2016 bertempat di D'Rimba Kasih, Kulim, Kedah. Peserta yang telah dipilih harap bersedia. 

PROGRAM ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN 1 BAGI TAHUN 2016

Posted by Admin on December 28, 2015 at 4:20 AM Comments comments (0)

Program Orientasi Pelajar Tingkatan 1 dan Peralihan akan diadakan pada 4 dan 5 Januari 2016. Selamat Datang Anak Didik ke SMKBSP ..

SYABAS DAN TAHNIAH SMKBSP !!!

Posted by Admin on May 25, 2015 at 5:15 AM Comments comments (0)

Ucapan syabas dan tahniah kepada semua warga SMKBSP yang sama-sama bekerjasama hingga berjaya dianugerahkan sebagai Pusat Sumber Sekolah Cemerlang Negeri Kedah 2015. Tahniah !

Bengkel Khidmat Bantu PSS Cemerlang Daerah KMY 2015

Posted by Admin on April 10, 2015 at 5:05 AM Comments comments (0)

Bengkel Khidmat Bantu PSS Cemerlang Daerah KMY bagi tahun 2015 akan diadakan pada 19 Mei 2015 sebagai persediaan penilaian PSS Cemerlang Peringkat Negeri Kedah 2015. Good Luck SMKBSP :D:D :D

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS SMKBSP 2015

Posted by Admin on March 5, 2015 at 4:30 AM Comments comments (0)

Kem Kepimpinan Pengawas SMKBSP akan diadakan pada 07 Mac 2015 di dewan utama SMKBSP.

CIRI CIRI GURU CEMERLANG

Posted by Admin on July 7, 2013 at 9:10 AM Comments comments (1)

CIRI CIRI GURU CEMERLANG

(HAJI YAHAYA AHMAD , YDP PIBG SMKBSP)



 

Di Malaysia, guru atau pendidik merupakan penjawat awam yang terpenting dalam bidang pendidikan. Perkhidmatan seseorang guru amat penting bagi merealisasikan aspirasi negara. Guru memiliki ciri-ciri istimewa sama ada terbina secara semulajadi atau dilatih. Cabaran abad ke dua puluh satu ini memerlukan guru-guru atau para pendidik memperlengkapkan diri dengan cabaran baru yang sedang dihadapi oleh pelajar yang amat rencam dan kompleks.


Para guru perlu lebih memiliki ketrampilan diri sebagai pendidik sempurna dengan memiliki pelbagai ilmu tradisional dan moden, kefahaman dasar dan aspirasi negara dengan jelas dan mantap, bersahsiah tinggi, beretika cemerlang, pelbagai kemahiran pengajaran dan pembelajaran dan kaedah pengurusan terkini.


Guru hari ini perlu bergerak pantas sepantas perkembangan dan kehendak dunia masa kini terutama di bidang pendidikan selaras perkembangan zaman sains dan teknologi, zaman komputer, zaman ledakan ilmu teknologi maklumat, zaman langit terbuka dan sebagainya.Namun begitu aspek asas yang terpenting ialah guruguru perlu memiliki, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai, norma dan etika perkhidmatan yang cemerlang. Guru yang mengamalkan etika perkhidmatan cemerlang sudah pasti menjamin organisasi sekolah dan negara mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Matlamat pendidikan di Malaysia amat jelas melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menyatakan: …suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.


Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapi kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,masyarakat dan negara.


 

Manakala misi Kementerian Pelajaran Malaysia pula berhasrat Membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mematuhi aspirasi Negara Malaysia. Sesungguhnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang diwujudkan di Malaysia merupakan sesuatu yang perlu dan penting untuk mencerminkan dan memperjuangkan cita-cita dan keunggulan Negara (Md Fiah, 2004). Falsafah tersebut menjadi teras dan dasar kepada semua penggubalan program dan aktiviti yang dipikul di bahu para guru di sekolah untuk menjamin jenis insan yang akan dilahirkan melalui sistem pendidikan negara.


 

Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam Menurut Kamus Dewan Edisi Tiga; Nilai bermaksud darjat, kualiti, mutu, taraf atau sifat ketinggian dalam pemikiran, agama, kemasyarakatan dan lain-lain. Norma bermaksud ukuran untuk menentukan sesuatu atau peraturan atau ketentuan yang telah menjadi kebiasaan yang dijangka akan dipatuhi oleh setiap anggota masyarakat. Adab bermaksud tingkah laku serta tutur kata yang halus (sopan), berbudi bahasa , budi pekerti yang halus dan kesopanan. Etika bermaksud prinsip moral atau akhlak atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan, persatuan atau pekerjaan dan lain-lain .


 

Nilai dan Etika Kerja Perkhidmatan Awam di Malaysia ialah dasar kerajaan yang memberi panduan tingkah laku kepada penjawat awam berlandaskan nilai-nilai akhlak yang mulia untuk mencapai matlamat sebuah negara yang bertamadun, bermaruah dan berakhlak. Kefahaman dan penghayatan nilai dan etika ini akan mengubah pemikiran, tindakan dan tingkah laku anggota perkhidmatan awam agar bertanggung jawab dan amanah, membuat sumbangan kepada pembangunan tamadun dan merealisasikan standard mutlak bagi mendorong anggota perkhidmatan awam berkhidmat dengan ikhlas dan berkesan.


 

 

Menurut kajian Office for Standard in Education (OFSTED), badan penaziran sekolah di United Kingdom, yang sama peranannya seperti Jemaah Nazir Sekolah di negara kita, terdapat tujuh elemen yang perlu ada bagi seseorang guru cemerlang iaitu;


 

1. Mengetahui dan menguasai mata pelajaran yang diajar secara mendalam

2. Mempunyai harapan yang tinggi terhadap kemampuan dan kebolehan  pelajarnya

3. Merancang pengajaran secara sistematik dan memenuhi keperluan  pelajar   

4. Mengurus pelajar dan mengawal bilik darjah dengan baik

5. Menggunakan masa dan sumber secara berkesan

6. Melaksanakan penilaian berterusan terhadap tugasan dan latihan  pelajar

7. Memberikan kerja rumah sebagai pengukuhan kepada perkara yang  dipelajari pelajar di sekolah 

 

Guru Berkesan

Bagaimana dan apakah ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang berkesan itu? Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah menyenaraikan ciri-ciri guru berkesan sebagaimana berikut:

 

Bersikap profesional.

Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.

Kaya ilmu.

Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.

Bermoral teguh.

Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.

Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.

Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.

Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan  semasa.

. Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa

Mempastikan situasi 'Guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas.

Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak' supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh

Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik.

Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai   diri(bermoral, berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan   diri dengan situasi tertentu) 

Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya 

Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.

Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.


 

CIRI-CIRI GURU YANG CEMERLANG


 

• Dalam aspek perancangan guru yang cemerlang didapati boleh mengesan masalah pembelajaran pelajar sepanjang masa, merancang pelbagai alat dan bahan bantu mengajar serta pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk pelajar pelbagai kebolehan


Dari sudut pengurusan masa pula, guru yang cemerlang berjaya mengurus laporan prestasi pelajar dengan kemaskini dan segala strategi pengajaran didokumentasikan .


Dalam proses pengajaran pula, guru yang cemerlang berjaya mengaitkan kepakaran sedia ada pelajar dengan tajuk perbincangan serta melibatkan pelajar secara aktif dalam P&P.


Dalam proses pengajaran pula, guru yang cemerlang berjaya mengaitkan kepakaran sedia ada pelajar dengan tajuk perbincangan serta melibatkan pelajar secara aktif dalam P&P.


Mereka merupakan guru yang reflectif dan sentiasa meneroka secara mendalam dan berulang kali terhadap amalan dan tindakan meningkatkan keberkesanan hasil pengajaran di dalam bilik darjah 


Guru yang cemerlang juga kerap memberi kata-kata semangat dan perangsang yang adakalanya dilekatkan di dinding kelas .



 

ciri-ciri harus dikekalkan oleh guru yang cemerlang


 

Mempunyai pengetahuan yang mendalam terhadap sesuatu bidang           pengkhususannya.

• Komitmen yang menyeluruh.

Penambahbaikan ilmu serta kemahiran secara berterusan.

• Sebagai satu role model atau idola kepada pelajar.

Mudah didekati, mesra dan mampu menyelesaikan masalah dan memberi     pandangan yang bernas.

Secara amnya guru yang berkualiti harus berilmu, berdedikasi serta m   menjadi sumber inspirasi kepada pelajar. Guru yang beginilah           yang amat diharap-harapkan oleh semua golongan masyarakat untuk memenuhi aspirasi Negara 

 


KECEMERLANGAN PERIBADI


*Mempunyai keyakinan diri

*Berakhlak dan bermoral

*Bersikap adil dan bertimbang rasa

*Beramanah dan bertanggungjawab

*Kreatif dan inovatif

*Sentiasa mengurus diri dengan kemas

*Sedia berkongsi dan berkerjasama

*Bersikap terbuka

*Bersikap positif


KECEMERLANGAN PENGETAHUAN & KEMAHIRAN


 

*Mengamalkan budaya ilmu

*Kebolehan untuk menyelesaikan masalah dan embuat keputusan yang  rasional dan objektif

*Menyertai dan memanfaatkan kursus dalam perkhidmatan untuk    meningkatkan kualiti kerja

*Kebolehan menyediakan kertas kerja, laporan prestasi murid, minit  mesyuarat, dokumentasi dll.

*Pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran

* berupaya mengendalikan aktiviti kokurikulum

*Mengenalpasti keperluan dan masalah individu murid/pelajar serta  menyediakan program tindakan susulan

*Pengurusan masa, bahan, sumber, alatan p&p

*Peka dan prihatin terhadap keperluan kebajikan murid/pelajar


 

KECEMERLANGAN KERJA


 

*Pengurusan keceriaan bilik darjah.

*Berjaya membimbing murid mematuhi peraturan dan tahap pembelajaran.

*Menguasai dan menggunakan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan  pembelajaran.

*Melaksanakan rutin dengan berkesan bagi memudahkan pembelajaran.

*Menyemak kerja murid/pelajar dengan teliti, tepat dan memberi komen  yang positif untuk menggalakkan pembelajaran yang seterusnya .

*Memberi kerja bertulis dan latihan mengikut kekerapan yang sesuai .

*Memberi bimbingan pelajaran kepada murid di luar waktu pengajaran.

*Menggunakan hasil pengujian dan penilaian untuk membaiki pengajaran.

*Sentiasa merangsang murid berfikir.

*Merancang pelajaran yang baik.

*Hasil pembelajaran murid menunjukkan peningkatan.

*Aktiviti kokurikulum yang berkaitan dengan mata pelajaran dirancang  dan dilaksanakan dengan penuh komitmen.

*Berupaya meningkatkan penglibatan, minat dan prestasi murid .


 


GAMBAR HIASAN



GAMBAR HIASAN


Tonggak Dua Belas


Tonggak Dua Belas Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga; “Tonggak membawa maksud asas, dasar, panduan dan pokok kepercayaan“


Ini bermakna tonggak merupakan unsur, elemen atau ciri dalaman terpenting untuk menguat atau mengukuhkan sesuatu bangunan atau binaan. Dalam erti perkhidmatan, tonggak merupakan kekuatan dalaman yang meliputi nilai dan amalan positif bagi menggerakkan individu, pasukan atau organisasi untuk mencapai sesuatu hasrat dan tindakan.


Tonggak Dua Belas lahir sebagai inovasi pelancaran Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam pada 16 Ogos 1991 dirasmikan oleh Tan Sri Dato’ Seri Ahmad Sarji Bin Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Negara di Seminar Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam di Hotel Pan Pasific, Kuala Lumpur. Tonggak Dua Belas merangkumi dua belas nilai murni teras dalam Etika Perkhidmatan Awam.


Nilai Murni dalam Tonggak Dua Belas


1. Menghargai Masa (The Value of Time)

2. Ketekunan Membawa Kejayaan (The Success of Perseverance)

3. Keseronokan Bekerja (The Pleasure of Working)

4. Kemuliaan Kesederhanaan (The Dignity of Simplicity)

5. Ketinggian Peribadi (The Worth of Character)

6. Kekuatan Sifat Baik Hati (The Power of Kindness)

7. Pengaruh Teladan (The Influence 0f Examples)

8. Kewajipan Menjalankan Tugas (The Obligation of Duty)

9. Kebijaksanaan Berhemat (The Wisdom of Economy)

10. Keutamaan Kesabaran (The Virtue of Patience)

11. Peningkatan Bakat (The Improvement of Talent)

12. Nikmat Mencipta (The Joy of Originating)


 

Tonggak Dua Belas yang menjadi teras dalam Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam di Malaysia oleh semua penjawat awam di Malaysia mampu menggerakkan secara dalaman dan luaran.tindakan individu, pasukan atau organisasi bagi mengwujudkan perkhidmatan awam yang cekap, berdedikasi, produktif dan berkualiti. Amalan-amalan murni dalam Tonggak Dua Belas menjadi pendorong dalaman dan benteng pertahanan yang kuat bagi membina peribadi mulia dan terpuji dan seterusnya berupaya mempengaruhi pembentukan dan perkembangan sesebuah organisasi.


 

(The Value of Time)

Menerusi nilai Menghargai Masa, penjawat awam menyedari kepentingan masa dalam segala urusan perkhidmatan. Jika cekap mengurus masa maka cekaplah sesuatu perkhidmatan.Penjawat awam perlu sentiasa menepati masa, berperancangan, menyegerakan tugas, kreatif, produktif dan berkualiti. Amalan menghargai masa ini juga dapat membasmi sikap suka membuang masa, kurang perancangan, suka bertangguh, tidak siap kerja dan memberi hasil yang tidak berkualiti.


 

(The Success of Perseverance)

Nilai Ketekunan Membawa Kejayaan pula berupaya membina tumpuan atau fokus kerja yang berganda ke tahap kejayaan dan kesempurnaan dalam perkhidmatan. Penerapan nilai usaha, gigih, sabar, tabah, berdisiplin, berdedikasi bersemangat waja, cekal dan sebagainya merupakan ramuan terpenting bagi meletakkan pencapaian organisasi ke tahap yang terbaik. Amalan Ketekunan Membawa Kejayaan akan melenyapkan budaya bertangguh, cepat bosan, sentiasa ingin bertukar kerja, pasif, membazir dan berpandangan negatif dalam kalangan penjawat awam.


 

(The Pleasure of Working)

Kerja sebagai ibadah. Inilah yang diharapkan menerusi nilai Keseronokan Bekerja dalam Tonggak Dua Belas. Amalan positif nilai ini akan melahirkan penjawat awam yang berdedikasi, ikhlas dan bertanggungjawab. Mereka bangga dengan kerja berpasukan. Mereka menerima kejayaan dan kegagalan secara bersama. Mereka mempunyai komitmen tinggi, semangat berpasukan, mesra dan mementingkan organisasi daripada kepentingan peribadi. Budaya seronok di tempat kerja akan mencetuskan idea yang kreatif dan inovatif dalam kalangan pemimpin organisasi untuk merancang, mengurus dan melaksanakan iklim yang kondusif di tempat kerja.


 

(The Dignity of Simplicity)

Bersederhana dalam semua perkara merupakan perbuatan terpuji. Begitulah nilai Kemuliaan Kesederhanaan dalam Tonggak Dua Belas. Kesederhanaaan dalam penampilan diri, pertuturan, pengurusan rumah tangga, pengurusan tempat kerja, pergaulan dan sebagainya berupaya menerapkan nilai budi pekerti mulia, jujur, disenangi, merendah diri dan berhemah tinggi dalam kalangan penjawat awam. Kesederhanaan dalam segala perkara akan mengelakkan penjawat awam bersikap sombong, membazir, tidak amanah, cuai dan sebagainya.


 

(The Worth of Character)

Negara memerlukan penjawat awam yang beradab dan berbudi pekerti tinggi. Nilai Ketinggian Peribadi dalam Tonggak Dua Belas menuntut individu antara lain memiliki keperibadian yang mulia, luhur lagi terpuji dalam menguruskan perkhidmatan. Keperibadian tinggi terserlah menerusi watak, sikap, perilaku dan gaya. Penjawat awam yang memiliki Ketinggian Peribadi akan membawa organisasinya kepada mesra pelanggan, peningkatan motivasi berkerja dan peningkatan mutu kerja.


 

(The Power of Kindness)

Sifat baik hati merupakan sifat terpuji dan disukai ramai. Nilai Kekuatan Sifat Baik Hati dalam Tonggak Dua Belas menjamin penjawat awam bukan sahaja memiliki peribadi terpuji malah mengawal sifat mementingkan diri sendiri. Sifat ini mendorong individu menjalankan kewajipan dengan lebih adil, saksama, waras, wajar dan bertimbang rasa. Menjadikan nilai ini sebagai amalan dalam perkhidmatan awam akan mengwujudkan budaya saling menghormati, menerima kritikan membina, amanah dan berjiwa murni.


 

(The Influence 0f Examples)

Setiap dari kita adalah pemimpin. Pemimpin mesti memberi contoh atau teladan yang terpuji. Teladan yang baik akan mempengaruhi orang yang dipimpin. Begitulah hasrat nilai Pengaruh Teladan dalam Tonggak Dua Belas. Kejayaan organisasi dipimpin oleh pemimpin yang mempunyai pengaruh yang hebat. Pemimpin bukan sahaja mencorakkan organisasinya malah berganding bahu bersama orang yang dipimpin menerusi ilmu, kemahiran dan pengalaman pemimpin. Aspek ini lebih berkesan jika seseorang pemimpin dapat memimpin menerusi teladan yang baik. Penjawat awam yang memiliki nilai ini akan sentiasa menjauhi nilai negatif seperti hasad dengki, adu domba, mencipta alasan, lupa budaya, pendek akal dan mementingkan emosi.


 

(The Obligation of Duty)

Menjalankan tugas merupakan amanah dan kewajipan yang mesti dilakukan sebaik dan sesempurna mungkin oleh penjawat awam. Nilai ini adalah Kewajipan Menjalankan Tugas dalam Tonggak Dua Belas. Menjiwai nilai ini dalam kalangan penjawat awam akan membina gaya kerja yang lebih cekap, cepat, berkesanan dan sempurna. Penjawat awam akan sentiasa menambah ilmu dan kemahiran bagi mempertingkatkan mutu kerja masing-masing. Amalan menjiwai nilai Kewajipan Menjalankan Tugas juga berupaya mengelak penjawat awam bekerja sambil lewa, malas, ingkar perintah, menyalahgunakan harta kerajaan, boros dan menunggu kerja .


 

(The Wisdom of Economy)

Tabiat berhemat juga merupakan amalan mulia. Berhemat lawannya boros. Orang yang boros selalu rugi dan susah dalam kehidupan. Inilah yang disemai melalui nilai Kebijaksanaan Berhemat dalam Tonggak Dua Belas. Nilai ini membawa mesej berhemat dari segi kewangan, masa, bahan komunikasi, bekalan utiliti dan sebagainya. Pengamalan nilai ini merupakan tindakan bijaksana bagi semua penjawat awam dalam memajukan kerjaya dan matlamat organisasi. Oleh itu nilai tersebut meyakinkan bahawa sifat boros, bermewah, berbelanja tanpa kawalan, bakhil, kurang peka, kurang maklumat dan sebagainya merupakan amalan negatif yang menghalang kecemerlangan kerjaya dan organisasi.


 

(The Virtue of Patience)

Sabda Rasulullah (s.a.w) bermaksud “ Sabar itu salah satu dari cabang iman “. Sabar itu sifat terpuji yang tinggi kedudukannya. Menerusi nilai Keutamaan Kesabaran dalam Tonggak Dua Belas dapat menjamin keupayaan yang tinggi di kalangan penjawat awam agar sentiasa tabah, bersemangat, cekal, berpandangan jauh, tenang, lapang dada, dan menerima takdir dalam urusan menjalankan kewajipan. Kehebatan nilai ini juga mengelak penjawat awam dari cepat berputus asa, mengalah, menyalahkan orang lain, lemah daya tahan dan berpandangan sempit.


 

(The Improvement of Talent)

Bakat merupakan anugerah Tuhan yang perlu digilap dan dipertingkatkan dari masa ke semasa. Bakat mendorong kepada penciptaan, inovasi dan penyelesaian masalah. Pekerja yang berbakat menjadi aset penting dalam sesebuah organisasi. Inilah yang dipentingkan oleh Nilai Peningkatan Bakat dalam Tonggak Dua Belas. Organisasi yang sentiasa berjaya selalu memberi tumpuan kepada pemikiran baru, cara baru, watak baru dan kerja berbudaya.


 

 

(The Joy of Originating)

Sudah menjadi lumrah bahawa manusia akan berasa puas jika segala usaha yang dicurahkan mendatangkan kejayaan. Apatah lagi usaha itu diperolehi melalui hasil cipta atau hasil reka sendiri. Oleh itu nilai Nikmat Mencipta dalam Tonggak Dua Belas memberi ruang kepada penjawat awam berkarya dan berinovasi mencabar keintelektualan dalam mencetus idea dan kaedah baru dalam kerjaya. Nikmat mencipta ini bukan sahaja memberi impak kepada pereka tetapi juga memberi kepuasan kepada pengguna atau pelanggan. Nilai ini juga akan mengikis sifat cepat berpuas hati, tidak suka pembaharuan, takut kepada perubahan dan sebagainya.



 

Pengamalan Tonggak Dua Belas di Sekolah

 

Penulisan ini hasil darpada penulisan seorang Pengetua yang merupakan seorang Pengetua di sekolah menengah luar bandar yang terletak di kawasan FELDA. Sekolah ini di buka pada 1 Januari 2003. Ketika ini sekolah mempunyai kelayakan guru seramai 44 orang, 24 bilik kelas dan bilangan murid sekitar 730 orang dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5.


 

Penulis memilih lima nilai dalam Tonggak Dua Belas untuk penghuraian bagaimana nilai ini diamalkan di sekolah ini. Nilai–nilai tersebut ialah:-


 

a. Menghargai Masa

b. Ketekunan Membawa Kejayaan

c. Keseronokan Bekerja

d. Pengaruh Teladan

e. Kewajipan Menjalankan tugas


 

 

Menghargai Serta Menepati Masa


 

Budaya dan amalan menepati masa adalah budaya mulia. Masa itu lebih berharga dari emas. Guru-guru diterapkan budaya menepati masa melalui pengurusan berikut: -


 

a. Menepati masa persekolahan sekolah. Waktu persekolahan bermula jam 7.30 pagi hingga jam 2.00 petang. Guru dan murid dikehendaki datang awal ke sekolah dan mula diurus dengan mencatat kehadiran mereka.


 

b. Sekolah dipasang dengan siren. Bunyi siren menandakan waktu pembelajaran bermula, berakhir atau pertukaran mata pelajaran seperti yang terdapat dalam jadual waktu persekolahan. Guru mengamalkan budaya menepati masa apabila masuk dan keluar pada waktu sesi pengajaran dan pembelajaran.


 

c. Budaya menepati masa juga meliputi aktiviti lain seperti aktiviti kelas tambahan, aktiviti kokurikulum dan aktiviti bina insan. Kakitangan sekolah juga mengamalkan aktiviti menepati masa dalam menyiapkan tugasan untuk sekolah, PPD, JPN, KPM dan organisasi lain. Guru diterapkan budaya “sense of emergency” dan “sense of urgency”. Sebagai langkah kawalan senarai semak tugasan yang melibatkan keakuran menepati masa disediakan seperti Buku Surat Masuk, Buku Surat Kkeluar, Papan Kenyataan Pergerakan Guru dan sebagainya.


 

d. Sebagai membina watak sekolah, guru–guru dan kakitangan sekolah dinasihati agar menepati masa semasa menghadiri mesyuarat, kursus, bengkel dan sebagainya yang dianjurkan oleh mana-mana pihak. Nasihat ini bertujuan agar warga sekolah ini berketrampilan dalam menepati masa dan membina sifat terpuji sebagai penjawat awam yang baik.


 

Merancang Pengurusan Masa


 

Sesi persekolahan setahun mengambil masa tidak kurang dari 205 hari. Masa yang diberi amat singkat untuk menguruskan perancangan kerja tahunan. Masa yang diberi harus diurus dengan baik agar sasaran kerja tahunan dan sasaran kerja tambahan dapat dicapai. Langkah berikut diambil agar warga sekolah berjaya mengamalkan budaya merancang pengurusan masa iaitu :


 

a. Merancang takwim tahunan sekolah pada awal tahun. Takwim tersebut meliputi takwim kurikulum, takwim kokurikulum, takwim peperiksaan dalaman dan awam, takwim sukan dan permainan, takwim kewangan dan audit, takwim bimbingan dan kaunseling, takwim program PIBG dan NGO dan sebagainya.


 

b. Unit-unit kecil di sekolah juga dibimbing untuk mengurus masa dengan bijak melalui pendekatan “yang utama diutamakan dahulu“, memiliki senarai semak, sentiasa peka kepada “target date“ dan sebagainya. Sebagai contoh guru mata pelajaran perlu melihat kapasiti huraian sukatan pelajaran, kebolehan murid, jadual peperiksaan dan masa yang diperuntukkan untuk menjamin hasil yang cemerlang pada hujung tahun.


 

Menjayakan visi, misi , prinsip dan target sekolah


 

a. Visi dan misi sekolah dibina bersama. Warga sekolah bergerak bersama komuniti bagi merealisasikan misi dan visi ini dengan tekun dan gigih.


b. Sekolah membina prinsip dan target agar hasrat visi dan misi tercapai. Antaranya seperti prinsip semua murid berpotensi lulus dalam peperiksaan, target pencapaian 100%, peningkatan prestasi peperiksaan setiap tahun, kekuatan kerja berpasukan, kehebatan karisma dan sebagainya mencetus situasi mencabar dalam kalangan warga sekolah yang menuntut amalan gigih, tabah, berusaha kuat, dedikasi, sanggup berkorban demi kejayaan sekolah.


c. Kejelasan dan penghayatan perkara di atas juga menuntut warga sekolah menambah ilmu, kemahiran dan perubahan sikap. Ketekunan warga sekolah memulakan proses dengan pengumpulan segala data, menyusun maklumat, membina ilmu dan kebijaksanaan, mengatur strategi, melaksana program dan melakukan penilaian menjadi proses penting untuk mencapai visi, misi dan target sekolah.


 

 

Membudayakan Pemuafakatan, Penglibatan dan Kesepunyaan


 

Ketekunan dan kegigihan melakukan sesuatu kerja boleh membina pasukan kerja. Kehebatan pencapaian sekolah terserlah jika memiliki pasukan kerja yang tekun dan gigih. Permuafakatan bermakna melakukan kerja secara bersama-sama. Penglibatan bermaksud semua individu terlibat dan penting. Kesepunyaan bermaksud segala yang berlaku adalah milik bersama. Semua warga sekolah disemai budaya ini. Warga sekolah begitu tekun dan bersemangat melaksanakan sebarang aktiviti daripada aktiviti kecil seperti menguruskan skuad bolasepak, sembahyang Zohor berjemaah di surau sekolah, menubuhkan pasukan pantun, hari keluarga, sukan tahunan sekolah, mesyuarat agung PIBG hinggalah aktiviti besar seperti program prestasi untuk PMR dan SPM, Dasar 60:40, PPSMI, pengurusan hal ehwal murid, program bersama PPD, JPN dan KPM.


 “Tiada Kejayaan Tanpa Pengorbanan“

 

a. Guru-guru baru dibimbing bersama guru lama dalam berkongsi segala pengalaman, kepakaran dan komitmen kerja. Sebagai contoh guru-guru baru dilantik sebagai pembantu kepada guru lama dalam setiap program atau projek. Mereka bekerjasama untuk mencapai target sekolah. Secara tidak langsung budaya kerja ketekunan membawa kejayaan berjaya diterap kepada guru baru.


 

b. Budaya “in house training” turut diamalkan di sekolah. Melalui pendekatan ini penyebaran dan perkongsian ilmu berlaku. Guru perlu kaya dengan maklumat baru dan memiliki pelbagai kemahiran dalam menangani masalah murid. Guru juga perlu memiliki pelbagai pilihan proses untuk mencapai matlamat. Melalui usaha ini diharap warga sekolah sentiasa mempertingkatkan ilmu dan kemahiran serta berpeluang menggunakan berbagai–bagai cara mengatasi masalah. Sebagai contoh guru tidak boleh patah semangat andai usaha untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid belum berjaya. Guru perlu tekun mencuba berbagai– bagai kaedah dan pendekatan untuk memastikan matlamat tercapai. Ketekunan dan kegigihan inilah yang menghasilkan mutu kerja cemerlang selaras dengan hasrat pencapaian hari esok adalah lebih baik daripada hari ini dan pencapaian hari ini adalah lebih baik daripada hari semalam.


Keseronokan Bekerja

 

Menurut Ainon Mohd (2003) bagi menolong semangat kerja yang lebih tinggi dan meningkatkan produktiviti pekerja, pihak pengurusan hendaklah menjadikan kerja lebih menyeronokkan mereka yang menjalankan kerja-kerja itu. Antara berikut beberapa contoh aktiviti yang diambil oleh pihak sekolah untuk menerapkan amalan Keseronokan Bekerja.


 

Kerja Sebagai Ibadah

 

Warga sekolah disemai kesedaran dan kefahaman menganggap kerja sebagai ibadah. Permulaan kerja mereka dimulakan dengan niat. Niat itu adalah target (Hj Sobirin, 2002). Nilai diterap melalui perjumpaan guru, mesyuarat, pembengkelan dan majlis–majlis ilmu. Budaya membaca doa, bacaan Asma Al Husna, bacaan Al Quran, sembahyang hajat, sembahyang berjemaah, majlis membaca Yassin dan majlis-majlis kesyukuran yang diadakan di sekolah antara lain bertujuan tidak memisahkan kerja dengan ibadah. Warga sekolah menyedari bahawa mereka pasti berusaha bersungguh-sungguh dan mereka redha dengan ketentuan Tuhan.


Budaya berilmu dan berfikir


 

a. Warga sekolah digalakkan meneroka ilmu pendidikan terkini melalui pembacaan, seminar, menghadiri kursus dan “in house training”. Sekolah membeli buku–buku pendidikan, menyebar luas naskah- naskah pendidikan, menghantar guru berkursus mengikut agihan tugas dan mengadakan “in house training” pada hari Sabtu.


b.Menggalakkan perkongsian ilmu, kemahiran dan pengalaman dalam aktiviti panitia melalui perbincangan, mesyuarat dan kajian kes.


c. Menggalakkan guru-guru meyumbang idea dan kepakaran melalui penulisan kertas kerja, laporan aktiviti, perkongsian pintar dan lain-lain.


 

Mengwujudkan iklim kondusif

 

a.Membina kawasan sekolah yang kondusif seperti selamat, bersih dan ceria 


b.Mengwujudkan komunikasi yang berkesan seperti penyebaran maklumat dengan cepat, jelas dan mudah difahami. Berlaku perkongsian maklumat dan penyegeraan kepada tindak balas kepada maklumat.


 

Kemudahan asas dan kebajikan


 

a.Meningkatkan kemudahan asas sekolah seperi padang permainan, aktiviti sukan dan permainan, bilik komputer, bilik guru dan kantin sekolah.


b.Kebajikan warga sekolah diberi perhatian seperti rumah guru dan peningkatan kerjaya guru.


 

 

Kerja sebagai cabaran


 

a.Memberi peluang dan kebebasan kepada guru untuk membuktikan kebolehan seperti guru barumengajar di kelas peperiksaan, jurulatih baru olahraga, setiausaha PIBG dan sebagainya.


b.Meningkatkan taraf profesionalisme guru- guru dengan penggunaan maklumat yang berinovasi seperti analisis data, borang potensi pencapaian murid, Folio A, Folio B, Target, Nilai Mula, Program Utama, Program Sokongan, Program Sampingan, Gred Purata, Pensijilan Terbuka dan sebagainya.


 

“Sekolah Ku Rumah Ku“


 

a.Mengadakan Hari Keluarga, Sambutan Hari Raya, Majlis Korban, Majlis Perpisahan dan sebagainya di sekolah.


b.Mengadakan persatuan guru seperti Kelab Guru dan Kakitangan Sekolah untuk aktiviti sosial, agama dan kebajikan.


c.Sekolah bersedia menjadi penganjur program PPD, JPN, NGO dan sebagainya sebagai usaha promosi sekolah dan membina watak sekolah.


d.Mengwujudkan hubungan yang akrab antara ibu bapa dengan komuniti yang lain.


 

 Kepimpinan Melalui Teladan


 

a. Pengetua dan Guru Penolong Kanan sebagai pemimpin sekolah menjadi contoh dan teladan kepada warga sekolah. Pemimpin sekolah sebagai model penjawat awam yang baik dengan mengamalkan nilai- nilai murni, berpegang teguh kepada agama, berakhlak, beretika dan mendukung dasar-dasar negara. Sebagai contoh pemimpin sekolah sentiasa menepati masa, pembersih, mementingkan perpaduan, mengutamakan pelanggan dan mementingkan keselamatan.


 

b.Pemimpin sekolah mengamalkan amalan- amalan murni seperti yang tercatat dalam Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam dan Tonggak Dua Belas dan berusaha menerapkannya dalam kalangan warga sekolah.


 

c.Pemimpin sekolah sentiasa bersungguh- sungguh mencapai visi dan misi sekolah. Usaha ini menggambarkan pihak sekolah bercita-cita besar untuk menjadi sekolah cemerlang. Semua jentera sekolah digerakkan menuju visi dan misi sekolah. Warga sekolah disemai kecenderungan meningkatkan standard prestasi yang tinggi. Hasrat ini bertujuan melahirkan warga sekolah berprestasi tinggi, berinspirasi dan berkualiti. Mereka merupakan pemimpin masa depan.


 

d.Pemimpin sekolah sentiasa menyokong dan turun padang bersama warga sekolah yang lain dalam melaksanakan sebarang aktiviti seperti latihan sukan perkhemahan unit pakaian seragam, projek keceriaan sekolah dan sebagainya.


 

Kepimpinan Instruksional


 

Ishak (2003) menekankan kepimpinan intruksional ialah memberi penekanan kepada keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Shimniok dan Schmoker (1992) mengatakan kepimpinan instruksional masih dan tetap penting dalam organisasi sekolah kerana “core busines“ sekolah ialah pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan itu pemimpin sekolah bertindak memberi contoh dan teladan kepada sekolah melalui kepimpinan intruksional menerusi aktiviti berikut:-


 

a. Memberi bimbingan aspek pengajaran dan pembelajaran melalui aktiviti penyeliaan.


b. Membantu guru menjalankan kajian terhadap potensi murid melalui siri ujian dan peperiksaan yang dijalankan.


c. Berkongsi ilmu, kemahiran dan pengalaman antara pemimpin sekolah dengan guru atau antara guru dengan guru.


d. Sentiasa memupuk budaya membaca, belajar sepanjang hayat dan perkongsian bijak dalam kalangan warga sekolah serta meningkatkan tahap profesionalisme guru-guru melalui kursus, bengkel dan seminar yang dianjurkan oleh Panitia Daerah, PPD, JPN, KPM dan sebagainya.


e.Sentiasa meniupkan semangat, motivasi dan galakan kepada guru dengan mengadakan perbincangan mengenai potensi murid, prestasi murid, nilai mula, targert, latihan murid, buku teks, format peperiksaan dan pentafsiran, “home learning” dan sebagainya.


f. Memupuk iklim sekolah yang kondusif untuk keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sepertibilik darjah kondusif, alat bantu mengajar, penggunaan komputer, kelengkapan alatan sains dan kemahiran hidup, pusat sumber sekolah dan sebagainya.



 

Kewajipan Menjalankan Tugas


Mengikut Stenhouse dan Fink (1986), guru yang baik ialah guru yang boleh membuat pertimbangan profesional tersendiri. Mereka tidak perlu diberitahu apa yang perlu dilakukan. Mereka tidak menolak nasihat, sokongan atau perundingan kerana mereka tahu bahawa idea ini menyerap dan menjadi pertimbangan guru itu sendiri. Namun, di dalam bilik darjah hanya guru yang boleh menentukan dan membentuk pengajaran yang baik.


Menyemai sikap professional dan cekap


a. Memupuk kesedaran memahami dasar melalui visi dan misi sekolah. Sebagai contoh, hasrat sekolah mencapai target 100% lulus dalam peperiksaan awam bertujuan menjamin semua pelajar berpotensi lulus peperiksaan, tiada keciciran, tiada defisit pembelajaran dan sebagainya.


b. Membina budaya kerja proaktif, kreatif dan inovatif. Tindakan yang dibuat bukan berdasarkan andaian tetapi melalui kajian, pemerhatian, penyelidikan dan sebagainya. Pembetulan segera perlu dibuat di setiap proses. Sebagai contoh gejala ponteng sekolah ditangani bermula dari maklumat amaran awal hinggalah kepada sifar ponteng. Proses ini memerlukan kemahiran prosfesional yang tinggi dan menuntut kecekapan individu-individu yang terlibat.


c. Menggalakkan cetusan idea dan membina keputuasan bersama dalam kalangan warga sekolah. Kaedah ini akan memberi kebebasan kepada warga sekolah memilih alternatif terbaik bagi melaksanakan sesuatu kerja. Kefahaman yang jelas dan memahami prosedur yang ditetapkan akan menimbulkan minat yang mendalam untuk menjalankan kewajipan.


 

Mengagihkan tugas mengikut kecenderungan dan kemahiran


a. Warga sekolah lebih selesa jika tugas yang diberi bersesuaian dengan minat dan kemahiran. Tugasan diberi mengikut kekananan, opsyen, pengalaman, “track record”, kepakaran dan sebagainya. Senarai Jawatan Kuasa Sekolah dikeluarkan pada awal tahun meliputi jawatan kuasa kurikulum, kokurikulum, keceriaan, bina insan dan sebagainya yang dianggotai oleh guru-guru dari pelbagai aras kecenderungan dan kelayakan.


b.Pengagihan tugas ini juga berupaya membina pasukan kerja yang berwibawa. Mereka bekerja dengan semangat pemuafakatan, keterlibatan dan kesepunyaan. Sebagai contoh, Jawatankuasa Panitia Bahasa Melayu bertindak mengatasi masalah 3M dengan menggembeleng semua ahli panitia bersama program yang telah dipersetujui.


c. Sekolah mempamerkan hasil kerja dan pencapaian semasa individu atau pasukan kerja sekolah. Langkah ini akan memberi maklumat, berkongsi maklumat dan bertindak mengikut maklumat. Individu atau pasukan yang belum mencapai prestasi yang diharapkan akan terus berusaha meningkatkan kewajipan mereka. Maklumat yang dipamerkan itu seperti prestasi ujian bulanan, senarai murid cemerlang atau potensi cemerlang, rekod pencapaian atlit olahraga sekolah, taburan murid ponteng mengikut kelas, lokasi dan sebagainya.


 

AKHIR SEKALI, pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi memastikan mutu perkhidmatan awam berada pada tahap yang cemerlang. Usaha ini bukan sahaja melibatkan penyediaan pelbagai prasarana bahkan pengenalan pelbagai nilai dan etika perkhidmatan yang perlu dipatuhi dan disemai dalam diri penjawat awam. Tanggapan masyarakat bahawa mutu perkhidmatan awam di negara ini yang masih lemah, tidak cekap dan sering lewat dengan karenah birokrasi perlu diubah. Penjawat awam seharusnya memberikan usaha yang terbaik dalam setiap pekhidmatan mereka dan bukan hanya sekadar “melepaskan batuk di tangga” kerana berasa selesa dengan kedudukan mereka pada hari ini. Mereka tidak boleh lagi bersikap sambil lewa kerana cabaran yang menanti pada abad ke dua puluh satu ini semakin mencabar

 

Hal ini juga tidak terkecuali bagi perkhidmatan pendidikan. Kecemerlangan yang dicapai oleh para pelajar dalam semua bidang banyak bergantung kepada mutu perkhidmatan yang diberikan oleh guru-guru. Pengetua selaku ketua pemimpin sewajarnya memastikan guru-guru sentiasa mempertingkatkan mutu perkhidmatan dengan mempersiapkan diri dengan ilmu dan mempunyai nilai keperibadian yang tinggi bagi memastikan wadah pendidikan yang sempurna kepada pelajar dapat dicapai. Hal ini bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

 

Sekian, Wassalam

 

PSS SMKBSP JOHAN PSS CEMERLANG NEGERI KEDAH

Posted by Admin on July 7, 2013 at 6:05 AM Comments comments (0)

PSS SMKBSP Johan PSS Cemerlang Negeri Kedah 2013



 

Pusat Sumber Sekolah SMKBSP telah dinobatkan menjadi johan PSS cemerlang peringkat Negeri Kedah sekaligus melayakkan SMKBSP mewakili Negeri Kedah dalam pertandingan PSS cemerlang peringkat Kebangsaan. Gandingan padu Pusat Sumber Sekolah dan guru-guru serta PIBG SMKBSP telah berjaya melonjakkan nama sekolah melalui naik taraf prasarana terutama bahagian Pusat Sumber Sekolah serta tumpuan khusus diberikan kepada semua pelajar dalam memaksimumkan penggunaan pusat sumber sekolah serta kepelbagaian kemudahan disediakan bagi kegunaan para pelajar.

 

Dalam merialisasikan impian serta visi sekolah dan tidak ketinggalan dalam melaksanakan sarana ibubapa serta sarana sekolah pihak PIBG serta juga YDP PIBG berganding bahu dengan pihak PSS sekolah dalam membekalkan kemudahan seperti monitor komputer di sudut internet, kerusi di bilik Perpustakaan Tun Sri Lanang, menaik taraf bilik tayangan menjadi auditorium dengan televisyen yang bersais besar serta memperbaiki bunyi melalui sistem “home theatre” dan juga beberapa komputer baru disediakan untuk penggunaan PSS dan juga PSS tingkatan 6 dan beberapa lagi penambahbaikan yang dibuat yang telah melayakkan SMKBSP menjadi johan di peringkat negeri pada kali ini.



 

Majlis penyerahan trofi serta sijil pencapaian telah disempurnakan di Jabatan Pendidikan Negeri Kedah di Alor Setar pada 7hb Julai 2013 dengan kehadiran Tuan Pengarah Pendidikan Negeri Kedah, Encik Mansor Bin Lat dan mewakili SMKBSP dalam upacara ini ialah Tuan Pengetua Puan Hajjah Hafsah Bt Lebai Husin, guru PSS En. Asrul Khushairi Bin Ahmad serta YDP PIBG Tuan Haji Yahaya Ahmad. Johan juga menerima geran bernilai RM2,500-00 . Dalam pertandingan ini Naib Johan telah dimenangi oleh SMK Amanjaya manakala tempat ke-3 dimenangi oleh SMK Bukit Kayu Hitam.



 

Bagi kategori sekolah rendah pula telah dimenangi oleh Sekolah Kebangsaan Penghulu Ahmad Langkawi manakala tempat ke-2 dimenangi oleh Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra. Johan bagi kategori sekolah rendah juga menerima geran bernilai RM2,500-00. Johan bagi kedua-dua kategori ini telah dipilih untuk mewakili Negeri Kedah ke pertandingan PSS cemerlang peringkat kebangsaan.

 

Pada majlis tersebut juga para jemputan telah disajikan dengan persembahan bercerita oleh adik Anis Syamila Binti Nazri umur 12 tahun dari SK Jalan Pegawai yang telah menjadi johan Pertandingan Bercerita Dari Al Quran peringkat kebangsaan pada Majlis Tilawah Al Quran Sekolah-sekolah Kemeterian Pendidikan Malaysia. Pada majlis tilawah tersebut juga adik Wiam binti Ahmad Sayuti dari SMK Taman Jelutung telah menerima anugerah apabila menjadi johan



Dalam majlis tersebut juga ramai pelajar pendidikan khas yang telah berjaya mengharumkan nama Negeri Kedah dalam sukan olahraga turut diraikan dengan anugerah. Antara anugerah lain yang diberikan adalah bagi acara sukan ialah kejohanan Sukan Antara Sekolah-sekolah Agama. Pemenang bagi Festival Nasyid Sekolah-sekolah Peringkat Kebangsaan yang telah dimenangi oleh SBP Integrasi Kubang Pasu turut menerima anugerah pada majlis tersebut.

 

TAHNIAH PSS SMKBSP

 


Rss_feed

Oops! This site has expired.

If you are the site owner, please renew your premium subscription or contact support.