LAMAN WEB RASMI
SMK BANDAR SUNGAI PETANI

Nobody Fails !!

KATA ALUAN PENGETUA

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh,


 Salam sejahtera dan salam ukhuwah. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Pertama sekali saya ingin memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga atas kejayaan sekolah menghasilkan laman web rasmi sekolah hasil usaha gigih semua pihak.


Selaras dengan perkembangan teknologi maklumat, pembinaan laman web ini mampu menjadi medium penyebaran maklumat kepada warga sekolah khasnya dan kepada masyarakat amnya. Laman web ini juga berperanan sebagai sumber capaian maklumat warga sekolah, ibu bapa dan masyarakat luar. Secara tidak langsung laman web ini berupaya memperkenalkan SMK Bandar Sungai Petani kepada masyarakat.


         Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih terutamanya kepada Tn. Hj. Yahaya bin Ahmad, Bekas Yang Dipertua PIBG SMK Bandar Sungai Petani atas inisiatif membina laman web rasmi sekolah untuk manfaat semua. Pihak sekolah juga sangat menghargai kemurahan hati beliau memberikan pelbagai bentuk sumbangan termasuklah idea, tenaga dan pelbagai sumbangan material lain untuk memastikan kejayaan pembinaan laman web rasmi SMK Bandar Sungai Petani. Tidak lupa juga kepada AJK Pusat Sumber Sekolah, guru-guru serta seluruh warga sekolah yang telah memberikan sepenuh komitmen untuk memastikan kejayaan pembinaan laman web rasmi SMK Bandar Sungai Petani.


          Seluruh warga sekolah seharusnya berbangga dengan penghasilan laman web ini kerana kejayaan ini merupakan kejayaan kita bersama dan merupakan hasil sentuhan semua pihak dalam usaha meningkatkan imej sekolah ini. Semoga kejayaan ini menjadi titik permulaan untuk SMK Bandar Sungai Petani mencipta kejayaan demi kejayaan pada masa akan datang.


               Akhir kata , saya yakin semua warga Sekolah Menengah Bandar akan memberi  komitmen sepenuhnya kepada bidang tugasan masing. Penglibatan menyeluruh semua warga sekolah akan menjadikan SMKBSP akan terus menjulang namanya di Persada Dunia Pendidikan. Kepada semua warga SMKBSP diucapkan selamat menjalankan tugas, manakala warga sekolah yang telah bersara selamat melalui dunia persaraan dengan penuh ketenangan, terima kasih  atas jasa yang diberi selama ini. Bagi warga sekolah yang telah bertukar diucapkan selamat menjalankan tugas di tempat baru dan  terima kasih juga atas sumbangan sebelum ini. Kepada guru-guru yang baru ditempatkan di SMKBSP , selamat  bertugas  dan jadilah  warga sekolah  beridentiti dan mempunyai jati diri yang tinggi .

                

Semoga usaha kita semua mendapat keberkatan-Nya dan segala sumbangan jasa dalam menjayakan usaha ini, hanya Allah jua yang mampu membalasnya.


Sekian, terima kasih,


PN. NATERAH BINTI JUSUH

Pengetua,

SMK Bandar Sungai Petani, Sungai Petani Kedah.

KEDAH DARUL AMAN.

Oops! This site has expired.

If you are the site owner, please renew your premium subscription or contact support.